Khamis, 4 Disember 2014

PROMOSI HEBAT BERGANDA-GANDA!!

BELI 6 VITA-E PERCUMA  1 VITA-E 
ATAU
BELI 6 SR VITA-C PERCUMA 1 SR VITA-C

PERCUMA PENDAFTARAN 

BONUS TUNAI

**Cara Mudah mulakan perniagaan TANPA MODAL : Kumpul tempahan dari rakan, keluarga atau saudara kemudian lengkapkan butir-butir berikut ;

NAMA

NO.IC

NAMA PASANGAN

NO.IC PASANGAN

ALAMAT PENGHANTARAN

NO. TELEFON

EMAIL

NAMA BANK

NO AKAUN BANK (**bonus)

Dan hantar ke vitaminelite2u@gmail.com
berserta KATA KUNCI 
 'PROMOSI HEBAT BERGANDA DISEMBER'
**Pihak kami akan menghubungi anda dengan segera (selewat-lewatnya 1 hari) setelah menerima maklumat lengkap dari anda.

PERBANDINGAN HARGA AHLI DAN BUKAN AHLI


Harga bukan ahli


Harga ahli

DENGAN PROMOSI INI ANDA LAYAK SERTA-MERTA MENDAPAT HAK ISTIMEWA SEBAGAI AHLI/PENGEDAR (belian produk dengan harga ahli,bonus tunai dan pelbagai faedah yang di beri pihak syarikat khas untuk ahli . Anda juga berpeluang untuk memulakan perniagaan dan menjana pendapatan.)



**Sebarang pertanyaan hubungi CIK NANA/BONDA UMAR 0166542980










Jumaat, 28 November 2014

Ayam Goreng Berempah

Sedap!Sedap!Sedap! 

Tak payah cakap banyak, nah resepi. . .
Ni resepi CN sendiri! TAK TIRU MANE2 okeh!

Bahan2
1) Sekor ayam
2) Serai 3 batang (kalau serai tu nampak cam halus guna 5 batang)
3) Halia (besar 2 ibu jari)
4) 2 biji Bawang merah
5) 3-4 ulas bawang putih
4) 2 batang cili merah
5) 2 sudu besar serbuk kari
6) 1 sudu besar serbuk jintan putih
7) 1 sudu besar serbuk jintan manis
8) 1/2 - 1 sudu besar serbuk kunyit
9) 1 sudu besar gula
10) 1-2 sudu besar garam
11) Minyak secukupnya utk menggoreng

**kalau ade daun kari lagi sedap! Tak payah kisar. gaul je dgn bahan2 yg dah di kisar & goreng la dgn ayam. Tapi kes CN tak de daun kari. Tak pe la. Ni pon da sedap CZ cakap!

Cara2 penyediaan
- Kisar bawang merah, bawang putih, serai,halia, cili  merah garam & gula .
- Lepas kisar masukkan je kat dalam bekas yg da siap terisi ayam yg dah siap basuh &   potong . Ikut la nak potong 6 ke, 8,12, 37 pon boleh. CN tak tau CZ potong berapa. CN
  tau bile CN nak masak ayam da siap potong & cuci. Kalau tak cuci , beku keras 17         tahun la ayam tu dalam peti ais!
- Pastu masukkan rempah kari, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih, 
  serbuk kunyit
- Gaul rata kesemua bahan2 tadi dgn ayam.
- Perap sekurang2nya 1 jam dalam bekas bertutup.
- Pastu goreng dgn api yg sederhana. Jangan goreng dgn api kuat/besar. Nanti kat 
  luar hangit kat dalam tak masak rata & tak sedap. Goreng sampai garing, kaler 
  jadik gelap. 
- Siap!

Sebelum goreng

Selepas goreng! 
Makan panas2! Mabelessss!



Sekian, 
Selamat Masak! 







Isnin, 17 November 2014

Jus Epalicious

Gud2 je kan name jus tu? Harus lahhh. . Feeling2 chef hebat pengalaman di dapur 34 tahun. Orang buat siang2, waktu panas terik. CN buat tgh malam ! Kul 12 tgh malam! 

Bahan2

3 biji epal hijau (CN kupas kulit)
6 biji asam boi putih (rendam dalam setengah cawan air panas)
1 biji lemon (buang kulit & biji)
3 gelas air masak 
4 hingga 5 sudu besar gula
Ais secukupnya


Cara2

1) Epal & lemon di potong dadu  / potong kecil
2) Blender epal, lemon,air dan gula dalam bekas yg sama .Tapiskan & ambil jus/air shj & tuangkan ke dalam jug yg besar (takkan nak tuang dalam piring pulak!)
3) Pastu, masukkan air panas yg dah di rendam dgn asam boi & asam boi skali ke dalam jug yg dah terisi dgn jus epal+lemon.
4) Bubuh ais . SIAP! Tuang dalam cawan & minum! 

**Cukup utk 4 org sekali minum.

Sedap teramatttt!! Rugi tak cuba!

Rabu, 12 November 2014

Choc Dates with Fenugreek & Tiramisu


[MILK BOOSTER]
Choc Dates with Fenugreek & Tiramisu
36 individual packs
RM 54.90

0166542980

Cik Nana/Bonda Umar



Selasa, 11 November 2014

Aman AF Nombor 2!!

Wahhhh! Tajuk pasal retis tetiba ni CN oiiiii! Retis ke? Dah masok AF , dapat gi final nombor 2 pulak tu, da ade lagu boleh la utk kite cakap artis. Merujuk pd kenyataan macam tak suke je CN ni dgn Aman? Owhhhh kamu silap! CN adelah orang yg AFUNDI AMAN okehhh. Fuhhhh, memang tak sangke giler Aman boleh dapat nombor 2 . CN undi bukan sebab nak die menang pon, sebab macam dapat rase2 je die tak kan dapat top 3. Undi sebab kunun2 betape CN undi tu sebagai tande sokongan padu di tambah pula dgn kadar kesukaan tengok Aman! Hahahahah! Mase dorang nak umumkan kedudukan ,bile dorang cakap "tempat ke lima . . . " CN kat rumah pulak "Amannnnn. . " 
Bile da umum Adel, betape gembirenye CN tau sebab Aman bukan orgnye.
"Tempat ke 4. . . " mase ni CN da nebes sangat. dramatik betul mak cik nihhh!
Tapi CN sebut jugak "Amannnn. . . " 
Sekali Nuha weii! Lagi la CN terkujat ! Terus hapdet kat pesbuk 'Aman top 3 weiii !' Giler suke hepi ! Macam ajaib nihh!
"Tempat ketiga. . . "
CN masih lagi "Amannnn. . . "
Tapi sebaliknye! Kalau ikot hati nak lompat2 sebab eksaited sesangat dah mak cik korang nihh. 
Waktu nak umum juara & naib juara tu memang tak letak pon Aman akan jadi juara. Sebab hati CN yakin Firman juara. Tak pe la. Keputusan Aman tempat ke 2 pon da cukup menerujakan CN dan orang2 lain yg sokong die!




CN ni bukan la peminat tegar AF. Ade musim2 yg tak tengok , tak kenal sape peserta .Tapi musim yg ni (sebenarnye CN pon tak tau da musim ke berape) nak tengok sebab ade Zizan. Aiii pon suke tau dgn Zizan! Bile tengok Aman mase konsert pertama tu, macam terjatoh suke pulak tengok die. Walaupon mase tu semua sedia maklum die nyanyi ke laut, berdiri tegak pastu macam tak tentu arah tak tau mane nak letak muke die sebab teramat lahhhh pemalu. Tapi CN yakin die boleh di gilap, boleh meningkat ,boleh jadi lebih baik dgn tunjuk ajar yg betul. Macam Akim dulu mase mula2 pon tak la bes sangat. Tapi lama2 siape sangka meletop2 lagu & suare die pon makin bes.

Undi simpati??

TIDAK SAMA SEKALI!!

CN tak tau pon ayah die sakit. Sebab kalau tengok konsert AF tu ,lepas dorang nyanyi atau lepas juri komen selalunye CN kemas dapur, makan atau tuka cenel lain(ni selalu buat!). Serius, malam tadi baru CN tau. Mase CN undi pon tak tepikir pon pasal ayah die ke, kehidupan die  ke. CN undi sebab suke tengok die, gaye die & tau die ade suare yg bes & ade potensi  bile setiap kali tengok die nyanyi . Tapi bile lepas die nyanyi je kalau rajin CN denga la juri komen , kalau tak rajin CN buat keje lain atau tuka cenel. Kalau peserta2 yg tak berape CN berkenan tu memang tak tengok langsong! Tapi kalau Aman punye giliran CN da tepacak depan tv! Malam tadi boleh pulak mase Aman nyanyi lagu Mewangi tu CN boleh tertacing sampai keluar air mata. . Adoyaiiiii! Sebab suare & gaye die berubah giler, menusuk kalbu & terharu dgn perubahan mendadak die. Terime kasih la kat Ramli Ms yg kasi komen hot kat Aman minggu lepas.

Harap2 ade rezeki Aman lepas ni . . & jangan la die lupe diri bile da berjaya. .

 mak cik punye eksaited sampai sempat tinggalkan komen 'pom pom girl'.  Tengkiu pada yg reply . CN suke tauuuu!











Jumaat, 7 November 2014

Pasta kuah putih (spiral & cheese)

Nih antara menu yg CN & famili suke. Resepi asal dapat dr kawan CN mase zaman remaja ayu sebelum kawin ,sekarang ni ayu lagi tau! Kategori je da berubah! Kekekekek!
Bahan2 asas da tau pastu pepandai la CN tukar ikot rase jiwa & sanubari.

Dulu CN buat utk cheese CN guna yg jenis cam serbuk tu. . Sedap jugak. Boleh carik kat pasar raya bahagian frozen/ sejuk&beku. Tapi lagi bess guna cheese yg keping2 !!

BAHAN2 A
1 bungkus Pasta spiral (pilihan CN harus SanRemo! Pernah cuba brand lain baik speghetti atau makaroni . Hasilnye? Tak memuaskan rasa & tekstur.)
2 sudu butter
air secukupnye utk rebus pasta

Jangan lupa basuh pasta sebelum rebus . Masok je pasta & butter dlm periuk yg berisi air. Rebus sampai kembang. Jgn kembang sgt karang lembik tak sedap!

BAHAN2 B
4 sudu butter (utk tumis. JANGAN GUNA MINYAK MASAK BIASA!)
2 tin Prego Cheese & Herbs
1 tin cendawan butang (potong keping/nipis)
3 batang sosej (CN guna Ayamas sosej + cheese .Kalau korang nak guna sosej biasa guna 4 batang. Pon potong nipis/keping)
Fresh milk kotak kecik 
1 biji capsicum hijau (hiris kasar)
Sebiji nenas ( CN guna tak sampai sebiji ade la tinggal suku biji. Pon hiris kasar atau potong nipis bersegi empat)
4 ulas Bawang putih (potong dadu halus)
3 keping cheesedale
Sedikit lada sulah & daun selasih kering 
Lada hitam (tumbuk halus)
2 cawan air yg dah di campur dgn 1 sudu tepung gandum
garam (nasihat CN letak sikit2, takut terlebih masih sebab bahan2 yg lain dah sedia masin & bergaram)
7 ekor sotong putih (SILA REBUS DAHULU! Jgn salahkan CN kalau tiba2 tak sedap sebab korang tak rebus sotong! Dah rebus baru potong bulat, halus ke kasar ikot suke hati. CN potong sederhana je. Tak halus tak besar sangat)


Cara2
1)Tumiskan bawang puting dgn butter (siyesss bau die sangat besss!!).
2)Masukkan sotong ,kacau-kacau. lepas 5 minit masukkan sosej. Kacau2 lagi. Lepas 5 minit masukkan capsicum & cendawan . Lepas 5 minit masokkan nenas pulak.
3)Masukkan lada hitam, lada sulah & daun selasih kering . (CN suke masokkan waktu tgh tumis bahan sebelum letak sos prego & air. Biar bau & rasa herba tu serap ke bahan2 yg tgh tumis tu.)
4)Nampak cam nenas da separuh masak boleh la letak sos prego, ,fresh milk,air & cheese.
5)kacau perlahan sehingga nampak cam dah pekat & masak pastu baru bubuh garam. .
6) nak makan amik pasta , bubuh kuah atas pasta & gaulkan pastu makan dgn hati yg gumbira riang ria! 



Yummmyyy! CN Suke sangat2 makanan yg ade cheese!

Okeh! Jemput la masak ye! 
Lebiu! 












Ahad, 2 November 2014

JIMAT BERGANDA NOVEMBER INI !

BELI 6 OMEGA GUARD PERCUMA 1 OMEGA GUARD


PERCUMA PENDAFTARAN 


BONUS TUNAI

**CARA MUDAH MULAKAN PERNIAGAAN TANPA MODAL :  Kumpul tempahan dari keluarga, rakan-rakan dan saudara.

Lengkapkan/beri butir-butir yang berikut :


NAMA

NO.IC

NAMA PASANGAN

NO.IC PASANGAN

ALAMAT PENGHANTARAN

NO TELEFON

EMAIL

NAMA BANK

NO AKAUN BANK (*bonus)

Dan hantar ke  vitaminelite2u@gmail.com

berserta kata kunci 'JIMAT BERGANDA NOVEMBER INI'

**Pihak kami akan menghubungi anda dengan segera (selewat-lewatnya 1 hari) setelah menerima maklumat lengkap dari anda.

PERBANDINGAN HARGA AHLI DAN BUKAN AHLI

HARGA AHLI RM 109


HARGA BUKAN AHLI RM 136

DENGAN PROMOSI  'JIMAT BERGANDA NOVEMBER INI' ANDA LAYAK SERTA-MERTA MENDAPAT HAK ISTIMEWA SEBAGAI AHLI/PENGEDAR 

(belian produk dengan harga ahli,bonus tunai dan pelbagai faedah yang di beri pihak syarikat khas untuk ahli . Anda juga berpeluang untuk memulakan perniagaan dan menjana pendapatan.)


***Sebarang pertanyaan hubungi  0166542980 Cik Nana/Bonda Umar



















Jumaat, 31 Oktober 2014

Resepi Boondi Ladoo

Hohohohoh! Heheheheh! Hihihihihih! Yes! Yessss! Akhirnye berjaya! Syabas! Tepok tangan utk diri sendiri. . ! Puas la menggoogle 'resepi ladoo' atau 'cara buat ladoo'. Tak banyak yg 'timbul'. Abih2 yg banyak keluar menceritakan kesedapan ladoo yg mereka beli & makan! CN tau memang sedap benda ni. Sebab tu la CN meroyan tak tentu pasal kat pesbuk CN tu tanye mane tempat jual ladoo yg terdekat, macam mane nak buat , ape resepi die!! Mase kecik2 dulu abah slalu beli kat 1 kedai India kat Kajang.
Berhari2 tak putus asa menggoogle , Pastu tibe2 terkeluar ini ---> 'boondi ladoo recipe' . Baru terpikirkan . Rasenye orang melayu tak kan la ramai bebenor yg nak buat benda ni. Pastu tepek la perkataan 'boondi ladoo recipe' kat pak cik google . TUUU DIAAAAAAA betape meriahnye resepi2 yg keluar sampai berpinar2 mata CN ! Habih CN telek semua resepi. . ! Pastu ape lagi. . . Buat ler! Da tau bahan2 asas, care2 nak buat seperti biase CN akan hentam suke hati ikot sesedap sendiri menggigihkan diri buat boondi ladoo yg sangat sedap ini!! 

Sumber inspirasi resepi : PELBAGAI/GOOGLE/YOUTUBE (dan di olah kuantiti & langkah2 mengikut kesesuaian serta kesenangan CN ) 

Pastikan ade senduk yg berlubang banyak seperti gamba di bawah

Senduk 2 & 3 tu sebenarnye ehsan dr mak CN . Tengkiu mak! Nanti akak pulangkan balik ye! Tapi akak rase macam nak buat harte sendiri je ! 

Bahan2 A
2 cawan tepung kacang dhal
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
1 cawan air
Kacang Gajus 2 hingga 3 sudu besar (di goreng tanpa minyak)
Pewarna hijau epal atau merah (tak de pon tak pe. CN Bubuh sikit kaler hijau)
Minyak utk menggoreng

Bahan2 B
1 1/2 hingga 2 cawan gula (CN guna 1 1/2 cawan je,tu pon da manis giler!!)
Air 1 hingga 2 cawan (masukkan 1 cawan dulu, nampak cam sikit korang tambah la lagi)
5 hingga 7 biji buah pelaga tumbuk halus/hancur (CN tak tumbuh halus pon!kalau gune serbuk buah pelaga pon boleh anggaran dalam 1/2 hingga 1 sudu kecil)

Cara Buat Bahan B (Sirap gula)
1) Masukkan gula & air dalam 1 periuk
2) dah nak hampir pekat tu masukkan buah pelaga / serbuk buah pelaga.
3) Masak sehingga pekat/likat .

Cara buat Bahan A
1) Ayak tepung & baking powder
2) Masukkan air+garam sikit2 dalam tepung utk mengelak dr adunan terlebih cair. Kepekatan lebih kurang macam kite bancuh tepung goreng pisang tapi pekat sikit & boleh mengalir jatuh kalau . (Paham tak? Kalau tak paham korang tengok youtube taip je 'how to make boondi ladoo' . CN pon mula2 blur jugak lagi2 bahagian nak menggoreng tu. Da tengok youtube baru faham.)
3) kalau korang gune pewarna asingkan setengah cawan adunan tepung tadi. Yg bahagian setengah cawan tu korang tambah 2 ke 3 titik pewarna & ratakan.
4) Panaskan minyak (PASTIKAN MINYAK BETUL2 PANAS BARU MASUKKAN ADUNAN TEPUNG)
5) Ambik Adunan Tepung:AT dgn senduk 1 dgn tangan kanan. Tangan kiri siap sedia pegang senduk 3 lebih kurang 2 ke 3 inci dr paras minyak. Pastu letak AT dr senduk 1 ke senduk 3 . Nanti AT tu akan jatuh menitik2 kat dlm minyak (sambil2 tu boleh ratakan AT yg kat atas senduk 3 dgn belakang senduk 1). Bile AT dah jatuh menitis dalam minyak tu nanti die timbul & akan menghasilkan bentuk seakan bulat kecik dgn sendirinye. JANGAN LAMA SANGAT BIAR DLM KUALI. Agak2 da garing sikit tu terus angkat dgn senduk 2 dan letak dalam bekas yg dah di lapikkan dgn tisu (untuk serap minyak.) 
6) Ulang langkah 5 sampai habis.
7) Biarkan sejuk sekejap
8) (PASTIKAN SIRAP GULA DALAM KEADAAN SUAM) Masukkan kesemua AT/boondi yg dah di goreng tadi, kacang gajus ke dalam sirap gula . Kacau rata. Biarkan sekejap.
9) Dah agak2 cam nak sejuk sikit tu ambik adunan 8 tadi dan bentuk kan bulat2 . Lebih mudah nak di bentuk bile adunan tu dalam keadaan masih terasa panas/suam.
10) SIAP . Dah boleh hidang & NGAPPP ! 



*dr hasil menggoogle , Boondi Ladoo boleh tahan sehingga seminggu. Simpan dalam bekas kedap udara . Hari ke 2 atau ke 3 letak dalam peti sejuk.
**kalau nak bagi jiran ke, kawan2 ke di nasihatkan pakai sarung tangan plastik masa nak bentukkan boondi ladoo ni ye. Kalau setakat nak makan anak beranak, hasben & wife basuh la tangan sebersih dan sesuci yg boleh. . Heheheheh!
***minum air banyak2 lepas korang makan boondi ladoo sebab die manis. 
***Boondi Ladoo ni serap minyak tau. Kalau korang jenis orang yg jage badan atau dlm proses nak kurus siap sedia la jus lemon ke. Sebelum tido atau lepas makan ladoo ni korang minum la jus lemon.
***yg ade lecithin , omega guard, alfafa atau herblax boleh la makan ikut yg distributor masing2 sarankan utk burn fat dr minyak gorengan tadi.Cara yg CN sarankan?Nak tau boleh whatsapp 0166542980 .


Lebiu!












Rabu, 29 Oktober 2014

Tak suke Make Up

Elehhh. . Kunun perasan ayu jelita 'natural beauty' la sangat! Tak de maknenye , tapi kadang-kadang ade jugak la perasan sikit2 je. . Bagi la can mak cik nak perasan cantek, comel2 gadis remaja belasan tahun. . (Wahai CN , gadis remaja skrg ni pon tacap tak hengat tau! )

Kalau ikotkan kakak2, abang & mak cerita mase CN kecik2 dulu CN suke pakai pitik (lipstick/gincu/pemerah bibir/pengoren bibir/peungu bibir jangan mengarut lagi ! ) . Tapi kalau mereka pakaikan pitik kat CN bibir CN akan sentiase muncung ke depan sebab bimbing kaler pitik hilang. Hahahahah! Kalau bab membahan orang serahkan saje pada mereka2 nih! Dorang memang pakar!

Bile da besar  remaja, make up , tacap2 pon bukan 1 kewajipan dalam hidup CN. Paling2 pon tepek bedak dgn lip balm. Mase tu gune lipice. Da keje pon same. Ade jugak beli2 . Kunun2 maskara la, eye shadow, eye liner, blusher. Sampai sekarang pon ade lagi beli sebenarnye. Tapi pakainye??  Kadang2 tak bukak pon lagi. Da setahun baru sedar benda tu ade. Pastu masok tong sampah. Siap beli yg waterproof! Hadoii la! Ketepekkk penampo cap buaya kat muka sendiri! MEMBAZIR AMALAN SYAITAN !Sebab CN tak pakai. Yg CN suka pakai blusher , bedak muka & lipbalm je. Selalunye setakat gi keluar beriadah dengan anak CN tepek bedak Umar Berdua je! Hahahah! Krim2 muka pon CN tak pakai . Ape pemaleh sangat ko ni Nana ?? Mase kanak-kanak riang kemain lagi ko pakai krim F***&L**** bukan name sebenar, pastu ade lagi ape ntah tak ingat, macam2 la!  Da besar2 umo 16 ke 17 makin berkurang . Da mula keja sifat pemaleh nak berkrim bagai tu makin berleluasa.  Macam sekarang , beli tapi tak pakai! Kan dah membazir!! Ade sehari tu mase CN keje kat tempat keje lame tergedik pakai lipbalm yg berkaler . Orang cakap bile orang yg jarang make up , kalau die pakai lipstick sikit je pon da nampak lain. Sekali haritu CN pakai riuh sekampong dorang !Terasa macam model pulak time tu. Feeling2 'wahh cantiknye aku hari ni' ! Kakakakakah! Tapi sehari dua je CN pakai pastu gud babai!
Nih sekarang ni ade hati nak beli set lengkap make up tau. Tapi bile memikirkan pembaziran (pembuangan yg akan terjadi) ku tahan kan hati ini. Nih pon ade yg nak tunggu giliran utk di buang .

Pe pasal CN tak suka make up/tacap muka?
1: SUSAH NAK CUCI MUKA! Walaupon katenye ade pencuci muka, toner yg senang tanggal/basuh make up! Mak cik da cuba, bukan 1 ,2 jenis macam2 jenis. . Seteressss sangat tengok saki baki make up tu lepas kite tonyoh pencuci muka , kaler2 tu masih ade kat muka. Pastu gi cuci lagi sekali! Seteresssss giler!! Lagi2 maskara & eyeliner!
2 : Terasa macam ade sesuatu 'berkeliaran' atas muka! Tak boleh blahh ayat ni kan. Macam rase sesuatu je, macam rase tak kena je. Rase rimas, rase nak basuh muka cepat2!!
3 : Nak cepat. Lagi2 skrg ni dgn keadaan Umar Berdua yg super power aktip. Pastu nak make up lagi? Bepeluh2 keja dorang . Fuhhh! Memang tak la nak bermake up bagai! Cukup sekadar bedak & lipbalm.

Walaupon ade orang mungkin berpendapat 'make up la baru nampak cantik, suami sayang bla. . bla. . bla. . .' Tak pe, itu pendapat individu, pendapat masing2 . CN tak boleh halang. Tapi CZ lebih suka CN sekadar 'bersederhana' .Habis2 pon juz tepek bedak, calit2 lipbalm  & blusher sikit. Febret CN Maybelline. Tak berminyak, senang nak basuh & rase macam tak de ape2 kat atas muka bile pakai. Pencuci muka ?? HARUSSSSSS Enfuselle Shaklee! Dan yg penting adelah ini--->>  vitamin untuk kulit Vitamin C Shaklee!

Yang benar ,
Sy yang tak suka & pemaleh nak tacap2 muke
Cik Nana Isteri Cik Zam

Lebiu

Jumaat, 24 Oktober 2014

Jeruk Mangga Asam Boi

Bukan main gleme mangga skrg ni. Hari-hari ade je orang dok post gamba beliau kat pesbuk. Jeles , seteressss CN menengoknye!! Malam tadi CZ bawak balik mangga dgn asam boi merah & putih. Terus CN buat.  Org bagitau lagi lame dalam peti sejuk lagi sedap. Tapi CN suke makan  fresh lepas kite gaul2 sume bahan tu . Pastu nak sedap lagi makan sejuk. Malam tadi walaupon mangga tu tak sejuk mase CN kupas da lepas kupas jadik sejuk. Kekekekek! Lepas kupas & potong CN rendam dalam air sejuk! Pastu gula die CN da siap2 awal letak dalam peti sejuk . Gula die CN kisar tau. . . ! Sebab CN nak makan terus , CN rase kalau kisar gula tu lagi sedap pastu letak dalam peti sejuk sementara nak tunggu CZ balik bawak mangga.

Ni rupe lepas die bermalam dalam peti sejuk. CN lebih suke makan fresh lepas siap2 gaul sume bahan2 .

Resepi die lebih kurang same je. Cume CN tak bubuh garam, sebab asam boi tu pon da memang ade rase masin. Pastu gula pon CN kurangkan. 

•3 biji mangga muda potong la ikut nak bentuk ape pon, masok dalam perot da tak de da rupe 3 segi ke, lebiu ke. (ape2 jenis mangga pon boleh)
•8 hingga 9 sudu gula putih  (CN kisar, korang tak nak kisar pon boleh)
•Asam boi merah
•Asam boi putih
•Cili padi 3 tangkai (hiris) ni pon da podeh, sebab cili ni jenis yg memang pedas giler!

***campurkan semua bahan2 di atas, gaul rata & mesra2 kan mereka semua. Pastu baru makan.
kalau korang da tak sabar nak makan terus tapi nak jugak makan sejuk2 , buat le seperti yg CN buat. Lepas kupas & potong rendam mangga tu dalam air sejuk dalam 10 minit dulu pastu baru campurkan dgn bahan2 lain. Memang mabelessss!
Eh! Tak yah bubuh air. Yg macam kuah tu die jadik secara 'semulajadi' akibat percampuran bahan2 tu semua. Wahhhh ayat ! Tak nak mengalah ! 




Selasa, 21 Oktober 2014

Cik Nana yg kalut lagi kelibut!

Seperti tajuk di atas adalah di maklumkan memang di akui oleh tuan punye badan die adelah spesis manusia yg kalut, kelibut, menggelabah BILA ANAK SAKIT! Umar Berdua kena chicken pox bak kate orang dolu2 demam campak . Ade dua jenis demam campak menurut sejarah orang kampong atau dolu2. Campak halus & campak besar. Yg Umar Berdua kena nih campak besar/chickenpox. 
Dalam entri ini CN ade gitau Dinil ajak balik walaupon acara tamat 12:30 tghri. Sebenarnye pagi tu CN memang perasan da dia macam tak aktif, moody tapi pak die cakap sebab die mengantuk. Pastu mula la CZ membebel kuasa gaban kat CN " Haa, sebab tu la abang suruh die tido awal. Nampak tu da ngantuk. Da tak de mood sebab ngantuk. Kite kesian kat die bangun pagi ngantuk. . bla. .bla. . "  
CN harus la jawab! Kekekek! "Dah die yg tak nak tido, tak kira la die ngantok ke tak skolah tetap skolah"
CZ , CN & bebelan tanpa batasan .
Dah abaikan cerita kitorang membebel. Ni memang trademark kitorang! CN pon tak paham orang lain cerite, kalau dorang membebel, hasben dorang tak kan lawan, mesti diam atau kalau balas balik pon sepatah dua kata. Tapi kalau CZ korang ni ya ampunnnnnn!! Bile CN membebel CZ punye reply gaban pon serender! Hahahahah! Ampun suamiku sayanggg ! 
Tapikan bile tengok Dinil camtu hati ibu ni mesti la terdetik , pe pasal anak aku nih? Pastu siap ajak balik lagi. Tak sihat ke? Pastu da sampai rumah nak salin baju die tunjuk 1 bekas macam kena  gigit nyamuk tapi yg dah di garu  kat pak die. CZ tunjuk la kat CN. CN cakap la CN tau, semalam Dinil ade tunjuk. CN ingat kena gigit nyamuk pastu die garu2. Tapi CZ cakap macam melecur la bekas ni. CN masih tak pikir lagi pasal campak2 ni . Pastu esoknya masa tengah masak kat dapor tiba2 CZ panggil suruh tengok belakang Dinil ade ape. Ade 1 dot/biji yg berair menggelembung. Mase tu CN punye kalut da bermula. "Kenape ni? Ape ni?Dinil tak de pon kena minyak panas. Ape ni abang? Ya Allah. . Ape ni?" Dalam pada tu CZ tengah nak pakaikan Hadif diaper & baju. Pastu sekali lagi CZ  menggelabahkan & menghuru harakan CN. "Mummy, tengok Hadif ni pulak. KaT celah punggung die tu, ha tu lagi 1 kat situ (dekat paha berhampiran bebird die). " 
Ape lagi, tadi baru bermula kalut sekali tengok Hadif ,kebetulan petang tu badan die panas , high level kalut la mak cik korang nih! "Ya Allah anak-anak mummy!! Kenape ni? Ape ni? "Mula la ambik gamba pastu tunjuk kat Whatsapp group family CN tanye ape benda tu. Lambat pulak dorang reply. Sementara tunggu dorang reply tu CN peluk2 la dua beradik tu cium2 dorang . Pastu mulut tak henti "Nape dorang ni abg? Anak2 mummy ni kenapa?" Perasaan mase tu punye la takot!! Nak nangis da time tu tapi kakak2 CN reply gamba yg CN bagi tadi. "Tu campak la kak, pegi bawak klinik" (panggilan manje CN oleh adik beradik CN) "
Dan2 tu jugak tinggalkan apa yg berlaku kat dapur, tengah masak kan tadi. Siap2 zasssss pegi klinik kesihatan seksyen 7. Ni memang pe'el kami anak beranak. Kalau setakat demam biasa boleh la bawak gi klinik swasta . Kalau demam cam pelik2 , lambat baik klinik kesihatan kerajaan atau PPUM tempat tujuan. Kalau waktu tengah2 malam memang terus g PPUM. Kalau sempat gi seksye,n 7 kitorang gi situ.
Tak tunggu lama pon, tak sampai 15 minit lepas register doktor da panggil.
Doktor 1: kenape ni?
Doktor ke 2 : adik ye? Meh sini.
CN : badan dorang hangat, pastu ade naik bijik2.
Doktor pon tengok. "Ni campak ni . . Bla. . Bla. . "
CN : Tak de ke ubat bagi die jangan keluar? (Sengal kan mak cik korang ni?hahahahah)
Doktor : Tak de. Yg boleh kite buat bagi ubat jangan bagi jangkitan merebak ke bahagian dalam atau organ dalaman.
CN : owhhhh, memang tak de ye? Memang die akan keluar banyak jugak la nanti ni? (Sengal kali ke 2 ! Adoiiii! )
Doktor : ye, die akan keluar. Memang ambil masa nak elok. Bla. . Bla. . Bla. . . Panjang lebar doktor terangkan. . ( yg ni CN memang suka, info2 kesihatan utk panduan ibu & bapa)

Ni keesokan hari lepas balik klinik. Da makin banyak.
Pastu die demam pulak. Cian temek mummy! 

Abang die tak demam, pastu macam tak banyak sangat. Ke abang die baru je nak bermula. CN rasa macam adik die yg kena dulu, sebab CN cek kat kepala dia ade 2, 3 biji yg besar tapi CN tak perasan. Patot Hadif macam meragam gak sikit2 2 , 3 hari ni.

Cepat sembuh ye sayang2 mummy! ♡










Ahad, 19 Oktober 2014

Hari sukan sekolah Dinil (Pasti)

Pagi tadi gigih la bersemangat kami anak beranak eskot Dinil . Sukan katenye! Tapi baru kul 10 lebih Dinil dah " mummy , jom balik jom. . " kekekekek!
Tapi bes tau. . Tengok dorang berkawad, berikrar,zikir sambil buat pergerakan badan rase macam bersemangat pulak. Pastu mak dgn pak yg datang semua pon ikut sekali zikir & buat pergerakan badan. Dinil sempat main 1 game je. Da dapat hadiah die pon ajak balik! Sebenarnye habis pukul 12:30 tghari. Dgn Hadif yg mengalahkan orang bersukan, pastu Dinil pon tak habih ajak CN & CZ balik . kitorang balik dekat2 kul 11pagi.


Sebijik ikot perangai mak dia waktu kecik2 kat skolah bile beratur konon2 nak beratur kat belakang . Sekaliiiiiiii. . . 


Hambikkk! Sile ke depan ye! Kedudukan berdasarkan ketinggian. Kikikiki.
begitu juga nasib mak kamu ni nak oiiiii. Da rendang tu tak sedar diri nak jugak poyo dok belakang. Sekali pengawas atau cikgu nampak hurmmm berdiri lah dgn bergayanya CN  kat depan sekali atau paling tak pon no 2. Biasenya memang CN la orang yg dok depan sekali. Barisan depan tu pelajar 6 tahun. Yg barisan belakang baju kaler maroon tu pelajar 5 tahun. Yg depan sekali baju kaler maroon tu ar Dinil !


Dah kena ke depan , kena la pegang bendera masa berkawad. Tu nampak ade sorang pelajar yg over aktip sambil di pantau cikgu Zamri (CZ) . Tak tau sape yg bersukan sebenarnya. Dia punye berpeluh, berlari ke hulu ke hilir dah macam atlet antarabangsa!





Dah dapat hadiah die pon ajak balik! 

Kalau nak tengok video dorang berzikir & buat pergerakan badan klik https://www.facebook.com/video.php?v=555939381206593&set=vb.100003716073488&type=3&theater

Okeh, sekian saje laporan hari ini. Nex week Dinil exam. Doakan yg terbaik utk Dinil tau ! 
Lebiu!










Jumaat, 17 Oktober 2014

Kek gebus terkejut!

Holaaaa!! Lame da tak hapdate pasal makan-makan, masak-masak. . Heh! Korang jgn ingat mak cik korang ni tak masak pulak. Hari-hari tau CN masak! Walaupon berperang dgn Si Temek tu . Dah ibarat masak sambil bersenam. Skrg CN tebalikkan kerusi, bawah ,meja makan, letak atas kabinet dan segala cerok yg boleh sumbat kerusi makan & kerusi tak makan (kerusi yg kecik2) supaye die tak boleh panjat2 lagi!! Hahahahahah!


Haaa! Korang tengok, bile da sampai angin nak makan , angin terlebih rajin maka jadik la kek seperti di atas.Tak plan pon nak buat. Kebetulan bahan2 pon ade terus ckp kat CZ nak buat kek la, sebab macam teringin je nak makan ! Pastu di tambah pula CN pukul bahan dgn senduk nasik maka jadik la name die kek gebus terkejut! CN pon tak tau ape pasal die boleh jadik gebu sangat2. CN pelik jugak . Korang2 yg profesional boleh tolong xplen tak pe pasal boleh jadik gebu . Di luar jangkaan tau. Sebab CN bayangkan die akan jadik keras sebab CN tak guna mixer. Macam mane nak guna, mesin ade, pemukul nye ntah mane pegi . Carik2 tak jumpe. Bimbang Si temek tu bangun, nak cepat punye pasal malas nak cark 1 rumah tu CN bedal je guna senduk. Tapi dalam dok pukul2 bahan2 tu kan puas la dalam hati ni, "Ya Allah, jadik la kek aku ni!" Siap berselawat lagi. . 
Dan akhirnye jadik jugak . . Alhamdulillah. .

Resepi ??
- 2 cawan tepung gandum 
- 1 cawan buttercup
- 1 cawan gula
-1 1/2 sudu kecil baking powder
-nak sedap lagi letak susu tepung 3 sudu besar (tapi tadi CN guna krimer/coffeemate sebab susu tepung habis
- 4 biji telur gred A
- pewarna merah & hijau
- perisa strawberry & oren

**Ayak tepung, serbuk penaik & krimer/susu tepung

1)pukul buttercup & gula sehingga kembang (korang bayangkan CN pukul gune senduk bape lame! Tak boleh jadik pas ni nak selongkar rumah carik juge benda alah tu!)
2) Dah kembang tu bubuh telur satu persatu (setiap sebiji telur yg korang masukkan pukul sederhana anggaran 1 minit)
3) Masukkan tepung sikit2 , anggaran sekali masok 2 sudu pukul, da rata baru masukkan lagi (pukul/gaul perlahan)
4)Asingkan 3 bahagian : 1 bahagian letak perisa oren, 1 bahagian letak sikit pewarna merah & perisa strawberry , 1 bahagian letak sikit pewarna hijau epal .
CN tak suka kaler pekat CN bubuh dlm 4 ke 5 titik camtu. Perisa pulak CN letak dlm setengah sudu kecik.
5) pastu bubuh la bahan2 (4) secara berselang seli dalam loyang.
6) bakar 45 minit suhu 170-180°c 

Siap!!

Dinil : mummy, ambikkan lagi kek!
CN : okeh ! Sedap tak?
Dinil : Sedap!
CN : Nanti mummy buat kek coklat pulak tau. . !
Dinil : Tak payah, tak payah buat kek coklat. Mummy buat kek macam ni je. Sebab sedap! 

CN hape lagi kombang setaman la walaupon yg puji tu anak CN umor 5 tahun! Kekekek! Padehal kek coklat memang febret die ! Pandai je die nak bagi mak die perasan 13 hari ! Hahahahah!

Nanti korang cuba la resepi terkejut suka hati CN ni ehh! Lebiu!





Khamis, 2 Oktober 2014

PROMOSI JIMAT BERGANDA

BELI 6ESP PERCUMA 1ESP
PERCUMA KEAHLIAN
BONUS TUNAI
**CARA MUDAH MULAKAN PERNIAGAAN TANPA MODAL :  Kumpul tempahan dari keluarga, rakan-rakan dan saudara.

Lengkapkan/beri butir-butir yang berikut :

NAMA

NO. IC

NAMA PASANGAN

NO. IC PASANGAN

ALAMAT PENGHANTARAN

EMAIL

NO TELEFON

NAMA BANK

NO AKAUN BANK (*bonus)

DAN HANTARKAN KEPADA vitaminelite2u@gmail.com
BERSERTA KATA KUNCI 'Promosi Jimat Berganda'
**Pihak kami akan menghubungi anda dengan segera (selewat-lewatnya 1 hari) setelah menerima maklumat lengkap.

PERBANDINGAN HARGA AHLI DAN BUKAN AHLI


RM 121 (ahli)

RM 150 (Bukan Ahli)

DENGAN 'PROMOSI JIMAT BERGANDA' INI ANDA LAYAK SERTA MERTA MENDAPAT HAK ISTIMEWA PENGEDAR/AHLI (belian produk dengan harga ahli,bonus tunai dan pelbagai faedah yang di beri pihak syarikat khas untuk ahli . Anda juga berpeluang untuk memulakan perniagaan dan menjana pendapatan.).

Sebarang pertanyaan hubungi 0166542980 (Cik Nana/Bonda Umar)







Sabtu, 20 September 2014

Tips anak/baby menyusu bambam

Ade tips ke?? 
Ade rahsia ke?
Bertenang. . Bertenang. . Pertama sekali CN nak bagitau CN bukan kaunselor apetah lagi pakar laktasi. Tips & segala ape yg CN kongsikan baik di blog picisan ini mahupon di pesbuk adalah drpd pengalaman CN sendiri, bacaan & perkongsian drpd ibu2 yg lain.
TIPS?
Haaaaa nih tips dieee! Tapi ni tips dari CN sendiri. Pertama, Menyusu setiap setengah jam sekali , walaupon anak tu tengah tido. Kedua, anak tak makan makanan lain utk mengenyangkan dan ketiga ni yg paling besssss , mak kena makan , makan dan makan! Kekekekekek! Tak de yg rahsia sgt pon tips CN nih. .
Kisahnye semalam CN mandikan Si Hidong Temek tu , pastu CN macam 'baru' perasan "patot la org ckp Hadif gendut!!". Tengok peha dia seketul, seketul. . !
Alhamdulillah. . . 
CN pon heran, kenape la Hadif tak nak makan. Sebenarnye mase umo die 6 bulan CN da mula bg Hadif makan. Bersungguh mak die ! Kemain rajin lagi masak segala jenis puri, pasta,oat,bubur, biskut,. Makan gak die. Sehari sekali. Tu pon dlm 1 ke 2 oz je. Kalau bg 2 kali yg kali ke 2 tu tak abis. Lama2 bile die makin besar  da nak umor setahun tu makin terserlah ketakmahuan (jgn carik dlm kamus, memang tak kan jumpe) Hadif utk makan! Laz2 CN decide "tak payah makan la Hadif, 'makan' je susu mummy ni" heheheheh! Pastu terus simpan segala benda2 utk masak makanan Hadif . Hadif tak pernah rasa makanan baby yg dalam tin atau dalam botol cam nes**m . Semua CN masak sendiri dulu. Memang agak letih jugak la. Nak masak utk pak dgn abg dia da lain , nak masak utk die lagi. Tapi letih ke penat ke, semua tu hilang bila kite tau itu yg terbaik utk anak !
Kembali kpd tips bajet gud2 CN yg ketiga tu, CN nak bagitau korang 'mak kena makan, makan dan makan ' kalau korang nak ikot jangan pulak korang bantai semua makanan berlemak2, bergoreng,fast food,junk food! NO, NO, NO! Silap2 karang bukan anak yg bambam , mak kpd anak pulak yg bambam! Pulak tu jgn pelik tiba2 susu makin berkurang. Padahal korang ckp korang makan byk. Tapi sila semak dan ingat balik makanan ape yg korang makan??? Karang korang salahkan CN bagi tips ntah hape2! CN memang kojenye kalau tak mengunyah, makan, mengunyah, makan . Hehehehe lebih kurang la tu maksud mengunyah & makan. Tapi CN makan buah, makan makanan yg boleh buat susu byk. Asal CN tau makanan atau air tu boleh buat susu byk memang CN beli atau masak! Kan CN penah cakap , makanan2 yg boleh buat susu byk ni kebanyakannye makanan berkhasiat .Sebab tu la susu boleh byk kalau kite sentiasa isi makanan berkhasiat dlm kilang (badan) kite utk di proses sebab susu ibu memerlukan khasiat/nutrisi utk di bekalkan kpd anak. Cube korang pikir (ni secara logik akal CN sendiri), mcm mana susu nak terhasil kalau korang makan jajan,makan fast food byk sedangkan susu ibu itu terhasil dari karbohidrat, protein, lemak,kalsium dsbnya tapi sumber2 tu tak dapat di proses utk jadik susu sebab makanan2 yg korang makan tu tak de sumber2 tu! Haaa, mase ni lah mesin badan korang ambik semua sumber2 tu dari badan/tubuh korang sendiri utk di bekalkan kpd susu ibu. Laz2 , makin lame makin berkurang . Sebab khasiat utk diri sendiri tak cukup , mcm mana nak proses jadik susu? Sebab tu lah bila kite amik suplemen/vitamin tiba2 susu boleh byk (ni bukan promote! Jujur dari hati CN). 
CN mkn breakfast, lunch,dinner, tp di antara waktu2 makan utama tu CN mesti akan mkn bnda lain. Kunyah biskut, roti, buat air panas cicah biskut. Makan buah, makan cornflakes, kdg2 ade lebih2 air barli yg CN rebus CN simpan dlm peti sejuk CN makan barli tu. CN kalau buat air barli akan lebih kan barli . Amaran, ibu menyusu elakkan kan minum ais. Ade setengah org air sejuk atau ais buat susu kurang. Tp kes CN tak. Alhamdulillah, ais atau air sejuk tak buat susu CN kurang. 

Okeh, sekian sahaja tips bajet gud2 CN. Nak ikut boleh. . . Tak nak sudah. . . Name kau dolah. . Selebihnye sambung sendiri! 

Psstttt ! Nak bagitau ni. Skrg CN da agak tak lalu nak makan sawi . Sebab dulu itu lah yg CN hadap. Sawi!sawi!sawi! Sampai skrg tengok sawi pon dah tak larat. Heheheh! Kan sawi boleh bykkan susu. Tapi skrg. . Bile CZ sebut nak beli sawi je CN cepat ckp "Tak Nak"!!! 

Selasa, 16 September 2014

Selepas Dinil Lahir (Epidural)

Kalau korang ade bace entri yang ni (klik kalau nak bace) , cerita byk berkisarkan selepas CN push utk kluarkan Hadif. Yg mengakibatkan CN bertekad utk anak ke 3 CN nak bersalin dgn Epidural. Hohohohoh! Dah la lepas doktor kasi epidural tu memang tak sakit dah, pastu lepas bersalin pulak CN tak de rase demam ke, lemah ke , memang tak de. Tapi lepas doktor tarik tiub yg antare nak salurkan epidural tu sebelum naik wad CN terus muntah. Muntah sehabis2nya. Kebanyakannye air. Seperti biasa muntah di tadah dgn bekas oleh nurse yg sangat2 baik hati ! CN kasi 5 bintang kat nurse ☆☆☆☆☆! Muntah2 ni doktor bius da bagitau awal2 da sebelum inject belakang, kesan selepas bius. Tapi kan jarum yg cucuk kat belakang tu dorg tak cabut lagi. Mase nak discaj baru dorg cabut. Nak tau sakit ke tak mase doktor cabut , silekan lah hadap karangan CN ni. Kekekekek

Lepas je Dinil keluar doktor tunjuk & tanye CN "Baby ape?" 
"Boy"
Mase dinil lahir die sangat2 bersih! Lendir putih ke, darah ke tak de. Kulit die merah. Pastu CN tengok hidung die. Dlm hati ckp ape tau "tak mancung la" hahahaha! Sah2 ikut mak die la! Kalau ikut CZ mancung ko! walaupon tak mancung, tapi CN syg tau! Kurniaan Allah swt. Bersyukur sgt2. Lepas CN da muntah2 tu, baring kejap rilek nurse tukarkan katil. Mase ni kalau tak silap dorg angkat CN. Pastu dorg sorong CN keluar dr labor room . Keluar2 dr pintu utama labor room CN nampak CZ , abah & mak! Ya Allah . . Gembira tak terkata! Paling gembira , terharu, tergedik, terjatoh hati buat kali ke 17 juta bile CN nampak muke CZ waktu tengok CN di sorong kluar dr pintu labor room tu ! CN rase muke CZ waktu tu adelah wajah CZ yg SANGAT BERSERI-SERI CN pernah nampak sepanjang CN kenal CZ sampai la waktu tu. Memang terserlah sgt kegembiraan, kebahagiaan, kelegaan , kehenseman,kekacakan, keserian ! Heheheheh! I love U very strong abg! 
Pastu da sampai wad dorang tukarkan lagi sekali katil, dorg bantu tapi dorg tak bagi bangun lagi. Siap pesan kalau nak pegi toilet panggil dorg (nurse). Memang CN panggil pon. Bile nak pegi toilet nurse akan papah sampai dlm toilet pastu tunggu depan pintu toilet! Terbaikkk ko nurse nihhh! 
Baby tak sampai lagi, abah , mak & CZ da dtg kat CN. Mase ni skali lagi CN muntah. CZ yg tadahkan tak silap dgn bekas besi tu. Nurse da siap2 letak kat tepi katil. Lepas da muntah kali ke 2 tu baru rase lega selega leganya! & baby pon sampai. .
Esoknya baru lah discaj. Sebelum balik tu doktor bius dtg nak cabut jarum yg bertepek kat belakang CN tu. Sakit tak?? CN rase agak pedih2 sikit . berbanding mase cucuk tak rase ape2 langsung mungkin sebab mase doktor cucuk tu CN tengah sakit nak bersalin kan. Dlm pantang tak de masalah demam ke, hilang ingatan ke .
Skrg Dinil da 5 tahun dah pon. Sekejap je mase berlalu. Mase die belum ade adik memang berkepit je bawah ketiak mak die ni! Malam pertama CN balik rumah mak lepas bersalin Hadif , sedih sgt2 tengok Dinil. Ye la, selama ni die tido dgn CN . Sekali malam tu nak tido die nak menyelit sekali celah2 hadif dgn CN .Da la katil bujang tu kan kecik. Laz2 die tido kat mane tau, hujung kaki CN. Mase tu Hadif da tido, CN tepuk2 & belai2 dinil baru dinil tido. Da lena sikit tu CN suruh CZ angkat dinil tido bawah dgn CZ. Bile tengok dinil tido kat bawah dgn CZ tu , CN menangis!! Sedih sgt2 rase. Kesian kat dinil. . Sebab sebelum mengandung CN selalu bayangkan mcm mane CN nak bahagiakan kasih syg kalau CN ade baby/anak lagi sedangkan CN teramat2 sygkan dinil! CN takot perasaan syg tu akan berubah lebih kpd adik die . Tp tak pon. Tak berkurang pon. Mcm mana CN syg kat dinil mcm tu jugak CN syg kat hadif. Mcm mane CN syg hadif mcm tu jugak CN syg dinil. Kasih syg ibu kat anak2 memang tak berbeza . SAMA. 

Hari pertama skolah. Masuk je dlm kelas menangis! Meraung2! 

Skrg amik gamba kalau tak gaye atromen die buat gaye spiderman! Heh!



Ahad, 14 September 2014

Sakit bersalin tapi tak serik-serik!

Wah!Wah! Tajuk itu mengundang nebes pulak . Eh, kalau korg tengah mengandung anak pertama jgn baca tau ! Tau ! Takot korg takot pulak! Hehehehe. . Tak la, tak de ape yg saspen sgt pon. Memang la sakit, tapi . . . Tak tau la macam mana nak gambarkan perasaan bila baby dah keluar!! Sangat2 gembira, lega, serik, & macam2 lagi la! Memang payah nak di gambarkan dgn perkataan perasaan tu! Eh! CN ckp td SERIK?? kat atas tajuk tak serik-serik! Nanti dulu, bertenang. . Bertenang. .tak abis bace lagi kan? Kan? Hehehehe.

Kalau korang penah bace entri CN cerita pasal bersalin Dinil & Hadif korg tau la kan macam mane 'mereng' CN waktu bersalin kan Si Hidong Temek tu. Sebab bersalin Hadif CN tak guna Epidural. Kalau korg tak bace lagi & nak bace, atau nak tau beza bersalin epidural & tanpa epidural KLIK DI SINI . Kalau ingat2 balik masa nak bersalin kan Hadif mesti sengih sorang2 ! Memang rase nak lempang diri sendiri sebab pikir 'ketidakwarasan' sepanjang dlm labor room. Hihihihi. . Tp benda da berlaku, terima je la hakikat CN ye! Memang CN sayang giler2 ar dgn doktor2, nurse2, doktor & nurse2 praktikal kat PPUM kerana tanpa jemu melayan CN dgn baik & terbaikkkk sekali!
Merujuk tajuk di atas (da macam nak tulis surat rasmi dah gaye bahasa! Kekekek), betul ye korang. Sakit bersalin ni sangat2 sakit! SANGAT2! Memang lepas bersalin Hadif tu lepas CN kluar dr Labor room & di masukkan dalam wad CZ (Cik Zam) datang ,nampak je muka CZ korg tau ape respon yg CN tunjuk kat CZ??? "Sakit. . . . " CN ckp sambil nangis2 ! CZ pon, "Ye sayang, abg tau" (lebih kurang mcm tu ayat CZ cakap). Bile Tok Mak & Tok Abah Hadif dtg pon CN ckp tak nak bersalin lagi, ni yg laz, sakit. . Pastu bagitau kat CZ tak jadik nak berpantang rumah mak sebab CN rase CN tak boleh terima lawatan org. CN rase tak boleh nak berhadapan dgn org. Perasaan serik tu sampai CN rase CN tak boleh nak bercakap dgn org lain. CN rasa CN perlukan masa utk berhadapan dgn org. Ye la, bila lepas bersalin kawan2, sedara2 kan mesti datang melawat, pastu tanye proses2 nak bersalin. Perasaan masa tu jadi macam trauma! Tapi CN balik jugak rumah mak . Ye la, da janjikan dgn abah & mak. Pastu kan CN jadik pelupa. Tanda tangan sendiri pon CN lupa. CN perasan masa nak discaj tu. Kan ade kena tanda tangan kat borang2 CN jadik blur bila nak sign. Berape kali CN cuba kat kertas lain.  CN tak pasti tu kesan dr gas yg CN sedut atau sebab terlampau sakit dan menahan sakit! Benda tu berlarutan jugak la. Dalam 2 ke 3 bulan. CN ade baca2 kesan2 jadi 'hilang ingatan' selepas melahirkan memang ada terjadi. Tapi mujur kes pelupa CN tu kesan sementara je. Dah tu, yg buat bertambah lagi trauma , boleh pulak lepas bersalin tu CN demam. Tragis betul. Dalam pantang pon ade sekali tu CN demam/bentan 2 hari. Ya ampunnnn sakitnye bentan/demam tu !! Dah tengah2 demam tu, sejuk pastu sakit segala tulang2! Lagi la buat CN rase "ok cukup setakat ini beranak". Kekekekek! Tp dah lame2 , Hadif pon da besar, perasaan serik, trauma tu tiba2 hilang! Tu la keistimewaan & kekuatan org perempuan yg di beri Allah swt. . Allah Maha Besar.
Skrg ni dok berangan2 dgn CZ kalau ade baby gegirl. . Nak pakaikan gaun. . Wahhhhhhhh! Tapi CN da bgtau CZ, kalau ade rezeki kali ni mengandung lagi, bersalin nanti CN nak Epidural. CN memang rase CN tak boleh menghadapi kesakitan tu lagi walaupon trauma tu dah tak de. Ye, sakit bersalin ni penghapus dosa, lepas bersalin hilang la sakit tu. Memang, lepas bersalin otomatik sakit tu hilang. Tapi, utk sakit bersalin 'versi' CN ambik masa yg lama. CN pon tak sangka jugak CN berjaya melahirkan Hadif tanpa Epidural dgn keadaan yg tak terungkap dgn kata2 macammane sakitnye, nak tunggu bukaan utk push. Kadang2 bangga pulak dgn diri sendiri sebab "waaaa hebat! Aku berjaya kluarkan hadif walaupon tak de epidural". Tapi hakikatnye dlm bangga dgn diri sendiri CN tak sanggup lagi utk menghadapi situasi seperti itu lagi.
Ape2 pon kite ni merancang  , selebihnya kuasa Dia. Mane tau pas ni CN bersalin mudah, senang , sekejap , tak payah amik epidural ke kan. . Berdoa banyak. . In shaa Allah. .


Ni beberapa jam lepas Hadif lahir. Dlm 2 ke 3 jam camtu.



 baru bangun tido & lepas mandi . Tu pasal rambut sikat tepi baik punye!

Korang, doa kan CN dpt gegirl ehhh!

Lebiu! 







Sabtu, 6 September 2014

Umar Hadif lambat cakap

Umur hadif da setahun 6 bulan ++.  Dr ape yg sy tengok die lambat bercakap tp mahu 'bercakap'. Die faham ape yg org cakap. Die pandai menyanyi ( dlm nada & bahasa sendiri). Dia da pandai beri arahan , die da boleh ikut lagu ABC (dlm bahasa die yg sy rase sy je faham) & yg paling besss sy suka bile die menyanyi ABC tp siap ikut A aa, aa, aa. B Be Be Be, C keh keh keh, S tse tse . . Kdg2 huruf belum sampai die da sebut dulu. Lagu febret die skrg The Wheels on the bus & Ya hanana.
Pendidikan Islam??  ade. . wajib ade!

Mula2 dulu risau jugak sebab anak2 sedara, kwn2 yg sebaya dgn hadif da pandai cakap. Sy tengok die mcm lambat cakap. Tp 1 hari tu sy denga die ikot same nyanyi abc spt kat atas tu kemainnn xcited nye sy!! Heheheh!

 Abg dinil?? Umur 4 bulan ++ die da 'tersebut' ba. Die cepat bercakap. Sebab tu mula2 risau Hadif macam lambat 'bercakap'. Rupe2nye itu perkara biasa. Lagipon perkembangan yg lain sangat memberangsangkan!!

Ternanti2 hadif panggil sy 'mummy' &  pak die 'papa'. . . Tak sabar , tak sabar, tak sabar!! ♡

Die baru je tido. So 'gud nite' !
4:06am , Sabtu 6/9/2014



Selasa, 19 Ogos 2014

The Milk Story ( Milk Booster )

Assalammualaikum semua. .

Selain drpd Shaklee, korang jugak boleh order produk The Milk Story dgn Cik Nana tau. . . Cik Nana mmg da lama amalkan jugak TMS Choc Drink nih. Mula2 cuba tu masa susu drop teruk waktu Cik Nana demam. Pastu susu da drop, mkn pulak antibiotik lagi drop kuasa 8 ! Ya Ampunnn! Sedih tau mase tu. Nak up kan balik susu tu punya la payah! Bila pam dpt sikit stress nye , haihhh diri sendiri je la yg tau! Tp sy tak tunggu lagi dah. Bape hari lepas sembuh dr demam tengok cam tak de perubahan pon terus gi beli TMS Choc Drink. Balik malam tu terus minum sekali ,esoknya minum 3 kali(hari pertama)  ,hari seterusnya 2 kali, pastu mkn Alfafa Complex Shaklee. Esok nye hari ke 2. . . Alhamdulillah, ade perubahan. Bila pam je nampak makin byk susu. Pastu terus kembali spt biasa. Lega tak terkata !! Sampai skrg pon sy still amalkan TMS Choc Drink. Sebab Umar Hadif masih menyusu sepenuhnya tanpa FM & dia tak nak makan! Memang bergantung dgn susu cap sy! Sy mmg perlukan bantuan utk boost susu sy. Permintaan dr Hadif sgt cepat & byk! Yup, selain dr Shaklee, TMS sgt2 membantu sy. .Hadif da setahun 6 bulan. Kalau baby lain dah makan dah kan. Korg cuba bygkan Hadif tak makan , tp dia kenyang kan diri dia dgn minum susu sy shj! Berape byk dia sedut?? Tengok pulak badan dia yg bambam tu org tak kan percaya dia hanya menyusu susu cap sy shj. Alhamdulillah, Allah swt masih murahkan rezeki utk sy berikan Hadif cecair yg tak ternilai nih.

Jom mommies! Jgn segan2 nak order dgn sy tau! Penghantaran pos ke seluruh Malaysia 1 hingga 4 hari bkerja. Boleh terus call/sms/whatsapp 0166542980 utk maklumat lanjut. Boleh PM kat FB sy Cik Nana atau Fan Page Bonda Umar .

Chocolate Drink RM 30.90 (10 sachet)
Chocolate Drink added Collagen RM 37.90(10 sachet)
Chocolate Drink Double Choc RM 35.90(10 sachet)
Chocolate Drink  RM 62.90 (21 sachet)
Chocolate drink added Collagen RM 73.90 (21 sachet)

*TIDAK termasuk cas penghantaran.



The Milk Story Choc with Fenugreek Breastmilk Booster dirumus khas untuk ibu mengandung dan menyusukan.

Mengandungi khasiat coklat dan halba.

Makan dengan sihat, minum air dengan banyak dan menyusu bayi secara eksklusif bagi bayi dibawah umur 6 bulan.
Pam susu 3 jam sekali bila berjauhan dengan bayi. Pastikan demand bayi sentiasa ada supaya supply susu ibu sentiasa banyak.

# febret sy TMS Chocolate drink Double Choc !! Siyes memang sedapppp!!!

Ape yg bes nye TMS choc Drink nih sebab ia di rumus khas utk ibu mengandung menyusukan . Ia mengandungi Halba tau mommies! Tu yg  bes tu! Halba kan memang femes utk BF mommies. Slalunye mereka akan rebus biji halba dan air tu mereka minum. W/pon ada halba dlm TMS Choc Drink nih tapi sedap tauuu. . ! Susu meriah, baby kenyang , ibu pon hepi ! Kan! Kan!

Hepi Breastfeeding! ♡