Jumaat, 7 November 2014

Pasta kuah putih (spiral & cheese)

Nih antara menu yg CN & famili suke. Resepi asal dapat dr kawan CN mase zaman remaja ayu sebelum kawin ,sekarang ni ayu lagi tau! Kategori je da berubah! Kekekekek!
Bahan2 asas da tau pastu pepandai la CN tukar ikot rase jiwa & sanubari.

Dulu CN buat utk cheese CN guna yg jenis cam serbuk tu. . Sedap jugak. Boleh carik kat pasar raya bahagian frozen/ sejuk&beku. Tapi lagi bess guna cheese yg keping2 !!

BAHAN2 A
1 bungkus Pasta spiral (pilihan CN harus SanRemo! Pernah cuba brand lain baik speghetti atau makaroni . Hasilnye? Tak memuaskan rasa & tekstur.)
2 sudu butter
air secukupnye utk rebus pasta

Jangan lupa basuh pasta sebelum rebus . Masok je pasta & butter dlm periuk yg berisi air. Rebus sampai kembang. Jgn kembang sgt karang lembik tak sedap!

BAHAN2 B
4 sudu butter (utk tumis. JANGAN GUNA MINYAK MASAK BIASA!)
2 tin Prego Cheese & Herbs
1 tin cendawan butang (potong keping/nipis)
3 batang sosej (CN guna Ayamas sosej + cheese .Kalau korang nak guna sosej biasa guna 4 batang. Pon potong nipis/keping)
Fresh milk kotak kecik 
1 biji capsicum hijau (hiris kasar)
Sebiji nenas ( CN guna tak sampai sebiji ade la tinggal suku biji. Pon hiris kasar atau potong nipis bersegi empat)
4 ulas Bawang putih (potong dadu halus)
3 keping cheesedale
Sedikit lada sulah & daun selasih kering 
Lada hitam (tumbuk halus)
2 cawan air yg dah di campur dgn 1 sudu tepung gandum
garam (nasihat CN letak sikit2, takut terlebih masih sebab bahan2 yg lain dah sedia masin & bergaram)
7 ekor sotong putih (SILA REBUS DAHULU! Jgn salahkan CN kalau tiba2 tak sedap sebab korang tak rebus sotong! Dah rebus baru potong bulat, halus ke kasar ikot suke hati. CN potong sederhana je. Tak halus tak besar sangat)


Cara2
1)Tumiskan bawang puting dgn butter (siyesss bau die sangat besss!!).
2)Masukkan sotong ,kacau-kacau. lepas 5 minit masukkan sosej. Kacau2 lagi. Lepas 5 minit masukkan capsicum & cendawan . Lepas 5 minit masokkan nenas pulak.
3)Masukkan lada hitam, lada sulah & daun selasih kering . (CN suke masokkan waktu tgh tumis bahan sebelum letak sos prego & air. Biar bau & rasa herba tu serap ke bahan2 yg tgh tumis tu.)
4)Nampak cam nenas da separuh masak boleh la letak sos prego, ,fresh milk,air & cheese.
5)kacau perlahan sehingga nampak cam dah pekat & masak pastu baru bubuh garam. .
6) nak makan amik pasta , bubuh kuah atas pasta & gaulkan pastu makan dgn hati yg gumbira riang ria! 



Yummmyyy! CN Suke sangat2 makanan yg ade cheese!

Okeh! Jemput la masak ye! 
Lebiu! 












Tiada ulasan:

Catat Ulasan