Jumaat, 28 November 2014

Ayam Goreng Berempah

Sedap!Sedap!Sedap! 

Tak payah cakap banyak, nah resepi. . .
Ni resepi CN sendiri! TAK TIRU MANE2 okeh!

Bahan2
1) Sekor ayam
2) Serai 3 batang (kalau serai tu nampak cam halus guna 5 batang)
3) Halia (besar 2 ibu jari)
4) 2 biji Bawang merah
5) 3-4 ulas bawang putih
4) 2 batang cili merah
5) 2 sudu besar serbuk kari
6) 1 sudu besar serbuk jintan putih
7) 1 sudu besar serbuk jintan manis
8) 1/2 - 1 sudu besar serbuk kunyit
9) 1 sudu besar gula
10) 1-2 sudu besar garam
11) Minyak secukupnya utk menggoreng

**kalau ade daun kari lagi sedap! Tak payah kisar. gaul je dgn bahan2 yg dah di kisar & goreng la dgn ayam. Tapi kes CN tak de daun kari. Tak pe la. Ni pon da sedap CZ cakap!

Cara2 penyediaan
- Kisar bawang merah, bawang putih, serai,halia, cili  merah garam & gula .
- Lepas kisar masukkan je kat dalam bekas yg da siap terisi ayam yg dah siap basuh &   potong . Ikut la nak potong 6 ke, 8,12, 37 pon boleh. CN tak tau CZ potong berapa. CN
  tau bile CN nak masak ayam da siap potong & cuci. Kalau tak cuci , beku keras 17         tahun la ayam tu dalam peti ais!
- Pastu masukkan rempah kari, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih, 
  serbuk kunyit
- Gaul rata kesemua bahan2 tadi dgn ayam.
- Perap sekurang2nya 1 jam dalam bekas bertutup.
- Pastu goreng dgn api yg sederhana. Jangan goreng dgn api kuat/besar. Nanti kat 
  luar hangit kat dalam tak masak rata & tak sedap. Goreng sampai garing, kaler 
  jadik gelap. 
- Siap!

Sebelum goreng

Selepas goreng! 
Makan panas2! Mabelessss!



Sekian, 
Selamat Masak! 







Tiada ulasan:

Catat Ulasan