Jumaat, 28 November 2014

Ayam Goreng Berempah

Sedap!Sedap!Sedap! 

Tak payah cakap banyak, nah resepi. . .
Ni resepi CN sendiri! TAK TIRU MANE2 okeh!

Bahan2
1) Sekor ayam
2) Serai 3 batang (kalau serai tu nampak cam halus guna 5 batang)
3) Halia (besar 2 ibu jari)
4) 2 biji Bawang merah
5) 3-4 ulas bawang putih
4) 2 batang cili merah
5) 2 sudu besar serbuk kari
6) 1 sudu besar serbuk jintan putih
7) 1 sudu besar serbuk jintan manis
8) 1/2 - 1 sudu besar serbuk kunyit
9) 1 sudu besar gula
10) 1-2 sudu besar garam
11) Minyak secukupnya utk menggoreng

**kalau ade daun kari lagi sedap! Tak payah kisar. gaul je dgn bahan2 yg dah di kisar & goreng la dgn ayam. Tapi kes CN tak de daun kari. Tak pe la. Ni pon da sedap CZ cakap!

Cara2 penyediaan
- Kisar bawang merah, bawang putih, serai,halia, cili  merah garam & gula .
- Lepas kisar masukkan je kat dalam bekas yg da siap terisi ayam yg dah siap basuh &   potong . Ikut la nak potong 6 ke, 8,12, 37 pon boleh. CN tak tau CZ potong berapa. CN
  tau bile CN nak masak ayam da siap potong & cuci. Kalau tak cuci , beku keras 17         tahun la ayam tu dalam peti ais!
- Pastu masukkan rempah kari, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih, 
  serbuk kunyit
- Gaul rata kesemua bahan2 tadi dgn ayam.
- Perap sekurang2nya 1 jam dalam bekas bertutup.
- Pastu goreng dgn api yg sederhana. Jangan goreng dgn api kuat/besar. Nanti kat 
  luar hangit kat dalam tak masak rata & tak sedap. Goreng sampai garing, kaler 
  jadik gelap. 
- Siap!

Sebelum goreng

Selepas goreng! 
Makan panas2! Mabelessss!



Sekian, 
Selamat Masak! 







Isnin, 17 November 2014

Jus Epalicious

Gud2 je kan name jus tu? Harus lahhh. . Feeling2 chef hebat pengalaman di dapur 34 tahun. Orang buat siang2, waktu panas terik. CN buat tgh malam ! Kul 12 tgh malam! 

Bahan2

3 biji epal hijau (CN kupas kulit)
6 biji asam boi putih (rendam dalam setengah cawan air panas)
1 biji lemon (buang kulit & biji)
3 gelas air masak 
4 hingga 5 sudu besar gula
Ais secukupnya


Cara2

1) Epal & lemon di potong dadu  / potong kecil
2) Blender epal, lemon,air dan gula dalam bekas yg sama .Tapiskan & ambil jus/air shj & tuangkan ke dalam jug yg besar (takkan nak tuang dalam piring pulak!)
3) Pastu, masukkan air panas yg dah di rendam dgn asam boi & asam boi skali ke dalam jug yg dah terisi dgn jus epal+lemon.
4) Bubuh ais . SIAP! Tuang dalam cawan & minum! 

**Cukup utk 4 org sekali minum.

Sedap teramatttt!! Rugi tak cuba!

Rabu, 12 November 2014

Choc Dates with Fenugreek & Tiramisu


[MILK BOOSTER]
Choc Dates with Fenugreek & Tiramisu
36 individual packs
RM 54.90

0166542980

Cik Nana/Bonda Umar



Selasa, 11 November 2014

Aman AF Nombor 2!!

Wahhhh! Tajuk pasal retis tetiba ni CN oiiiii! Retis ke? Dah masok AF , dapat gi final nombor 2 pulak tu, da ade lagu boleh la utk kite cakap artis. Merujuk pd kenyataan macam tak suke je CN ni dgn Aman? Owhhhh kamu silap! CN adelah orang yg AFUNDI AMAN okehhh. Fuhhhh, memang tak sangke giler Aman boleh dapat nombor 2 . CN undi bukan sebab nak die menang pon, sebab macam dapat rase2 je die tak kan dapat top 3. Undi sebab kunun2 betape CN undi tu sebagai tande sokongan padu di tambah pula dgn kadar kesukaan tengok Aman! Hahahahah! Mase dorang nak umumkan kedudukan ,bile dorang cakap "tempat ke lima . . . " CN kat rumah pulak "Amannnnn. . " 
Bile da umum Adel, betape gembirenye CN tau sebab Aman bukan orgnye.
"Tempat ke 4. . . " mase ni CN da nebes sangat. dramatik betul mak cik nihhh!
Tapi CN sebut jugak "Amannnn. . . " 
Sekali Nuha weii! Lagi la CN terkujat ! Terus hapdet kat pesbuk 'Aman top 3 weiii !' Giler suke hepi ! Macam ajaib nihh!
"Tempat ketiga. . . "
CN masih lagi "Amannnn. . . "
Tapi sebaliknye! Kalau ikot hati nak lompat2 sebab eksaited sesangat dah mak cik korang nihh. 
Waktu nak umum juara & naib juara tu memang tak letak pon Aman akan jadi juara. Sebab hati CN yakin Firman juara. Tak pe la. Keputusan Aman tempat ke 2 pon da cukup menerujakan CN dan orang2 lain yg sokong die!




CN ni bukan la peminat tegar AF. Ade musim2 yg tak tengok , tak kenal sape peserta .Tapi musim yg ni (sebenarnye CN pon tak tau da musim ke berape) nak tengok sebab ade Zizan. Aiii pon suke tau dgn Zizan! Bile tengok Aman mase konsert pertama tu, macam terjatoh suke pulak tengok die. Walaupon mase tu semua sedia maklum die nyanyi ke laut, berdiri tegak pastu macam tak tentu arah tak tau mane nak letak muke die sebab teramat lahhhh pemalu. Tapi CN yakin die boleh di gilap, boleh meningkat ,boleh jadi lebih baik dgn tunjuk ajar yg betul. Macam Akim dulu mase mula2 pon tak la bes sangat. Tapi lama2 siape sangka meletop2 lagu & suare die pon makin bes.

Undi simpati??

TIDAK SAMA SEKALI!!

CN tak tau pon ayah die sakit. Sebab kalau tengok konsert AF tu ,lepas dorang nyanyi atau lepas juri komen selalunye CN kemas dapur, makan atau tuka cenel lain(ni selalu buat!). Serius, malam tadi baru CN tau. Mase CN undi pon tak tepikir pon pasal ayah die ke, kehidupan die  ke. CN undi sebab suke tengok die, gaye die & tau die ade suare yg bes & ade potensi  bile setiap kali tengok die nyanyi . Tapi bile lepas die nyanyi je kalau rajin CN denga la juri komen , kalau tak rajin CN buat keje lain atau tuka cenel. Kalau peserta2 yg tak berape CN berkenan tu memang tak tengok langsong! Tapi kalau Aman punye giliran CN da tepacak depan tv! Malam tadi boleh pulak mase Aman nyanyi lagu Mewangi tu CN boleh tertacing sampai keluar air mata. . Adoyaiiiii! Sebab suare & gaye die berubah giler, menusuk kalbu & terharu dgn perubahan mendadak die. Terime kasih la kat Ramli Ms yg kasi komen hot kat Aman minggu lepas.

Harap2 ade rezeki Aman lepas ni . . & jangan la die lupe diri bile da berjaya. .

 mak cik punye eksaited sampai sempat tinggalkan komen 'pom pom girl'.  Tengkiu pada yg reply . CN suke tauuuu!











Jumaat, 7 November 2014

Pasta kuah putih (spiral & cheese)

Nih antara menu yg CN & famili suke. Resepi asal dapat dr kawan CN mase zaman remaja ayu sebelum kawin ,sekarang ni ayu lagi tau! Kategori je da berubah! Kekekekek!
Bahan2 asas da tau pastu pepandai la CN tukar ikot rase jiwa & sanubari.

Dulu CN buat utk cheese CN guna yg jenis cam serbuk tu. . Sedap jugak. Boleh carik kat pasar raya bahagian frozen/ sejuk&beku. Tapi lagi bess guna cheese yg keping2 !!

BAHAN2 A
1 bungkus Pasta spiral (pilihan CN harus SanRemo! Pernah cuba brand lain baik speghetti atau makaroni . Hasilnye? Tak memuaskan rasa & tekstur.)
2 sudu butter
air secukupnye utk rebus pasta

Jangan lupa basuh pasta sebelum rebus . Masok je pasta & butter dlm periuk yg berisi air. Rebus sampai kembang. Jgn kembang sgt karang lembik tak sedap!

BAHAN2 B
4 sudu butter (utk tumis. JANGAN GUNA MINYAK MASAK BIASA!)
2 tin Prego Cheese & Herbs
1 tin cendawan butang (potong keping/nipis)
3 batang sosej (CN guna Ayamas sosej + cheese .Kalau korang nak guna sosej biasa guna 4 batang. Pon potong nipis/keping)
Fresh milk kotak kecik 
1 biji capsicum hijau (hiris kasar)
Sebiji nenas ( CN guna tak sampai sebiji ade la tinggal suku biji. Pon hiris kasar atau potong nipis bersegi empat)
4 ulas Bawang putih (potong dadu halus)
3 keping cheesedale
Sedikit lada sulah & daun selasih kering 
Lada hitam (tumbuk halus)
2 cawan air yg dah di campur dgn 1 sudu tepung gandum
garam (nasihat CN letak sikit2, takut terlebih masih sebab bahan2 yg lain dah sedia masin & bergaram)
7 ekor sotong putih (SILA REBUS DAHULU! Jgn salahkan CN kalau tiba2 tak sedap sebab korang tak rebus sotong! Dah rebus baru potong bulat, halus ke kasar ikot suke hati. CN potong sederhana je. Tak halus tak besar sangat)


Cara2
1)Tumiskan bawang puting dgn butter (siyesss bau die sangat besss!!).
2)Masukkan sotong ,kacau-kacau. lepas 5 minit masukkan sosej. Kacau2 lagi. Lepas 5 minit masukkan capsicum & cendawan . Lepas 5 minit masokkan nenas pulak.
3)Masukkan lada hitam, lada sulah & daun selasih kering . (CN suke masokkan waktu tgh tumis bahan sebelum letak sos prego & air. Biar bau & rasa herba tu serap ke bahan2 yg tgh tumis tu.)
4)Nampak cam nenas da separuh masak boleh la letak sos prego, ,fresh milk,air & cheese.
5)kacau perlahan sehingga nampak cam dah pekat & masak pastu baru bubuh garam. .
6) nak makan amik pasta , bubuh kuah atas pasta & gaulkan pastu makan dgn hati yg gumbira riang ria! 



Yummmyyy! CN Suke sangat2 makanan yg ade cheese!

Okeh! Jemput la masak ye! 
Lebiu! 












Ahad, 2 November 2014

JIMAT BERGANDA NOVEMBER INI !

BELI 6 OMEGA GUARD PERCUMA 1 OMEGA GUARD


PERCUMA PENDAFTARAN 


BONUS TUNAI

**CARA MUDAH MULAKAN PERNIAGAAN TANPA MODAL :  Kumpul tempahan dari keluarga, rakan-rakan dan saudara.

Lengkapkan/beri butir-butir yang berikut :


NAMA

NO.IC

NAMA PASANGAN

NO.IC PASANGAN

ALAMAT PENGHANTARAN

NO TELEFON

EMAIL

NAMA BANK

NO AKAUN BANK (*bonus)

Dan hantar ke  vitaminelite2u@gmail.com

berserta kata kunci 'JIMAT BERGANDA NOVEMBER INI'

**Pihak kami akan menghubungi anda dengan segera (selewat-lewatnya 1 hari) setelah menerima maklumat lengkap dari anda.

PERBANDINGAN HARGA AHLI DAN BUKAN AHLI

HARGA AHLI RM 109


HARGA BUKAN AHLI RM 136

DENGAN PROMOSI  'JIMAT BERGANDA NOVEMBER INI' ANDA LAYAK SERTA-MERTA MENDAPAT HAK ISTIMEWA SEBAGAI AHLI/PENGEDAR 

(belian produk dengan harga ahli,bonus tunai dan pelbagai faedah yang di beri pihak syarikat khas untuk ahli . Anda juga berpeluang untuk memulakan perniagaan dan menjana pendapatan.)


***Sebarang pertanyaan hubungi  0166542980 Cik Nana/Bonda Umar