Selasa, 19 Ogos 2014

The Milk Story ( Milk Booster )

Assalammualaikum semua. .

Selain drpd Shaklee, korang jugak boleh order produk The Milk Story dgn Cik Nana tau. . . Cik Nana mmg da lama amalkan jugak TMS Choc Drink nih. Mula2 cuba tu masa susu drop teruk waktu Cik Nana demam. Pastu susu da drop, mkn pulak antibiotik lagi drop kuasa 8 ! Ya Ampunnn! Sedih tau mase tu. Nak up kan balik susu tu punya la payah! Bila pam dpt sikit stress nye , haihhh diri sendiri je la yg tau! Tp sy tak tunggu lagi dah. Bape hari lepas sembuh dr demam tengok cam tak de perubahan pon terus gi beli TMS Choc Drink. Balik malam tu terus minum sekali ,esoknya minum 3 kali(hari pertama)  ,hari seterusnya 2 kali, pastu mkn Alfafa Complex Shaklee. Esok nye hari ke 2. . . Alhamdulillah, ade perubahan. Bila pam je nampak makin byk susu. Pastu terus kembali spt biasa. Lega tak terkata !! Sampai skrg pon sy still amalkan TMS Choc Drink. Sebab Umar Hadif masih menyusu sepenuhnya tanpa FM & dia tak nak makan! Memang bergantung dgn susu cap sy! Sy mmg perlukan bantuan utk boost susu sy. Permintaan dr Hadif sgt cepat & byk! Yup, selain dr Shaklee, TMS sgt2 membantu sy. .Hadif da setahun 6 bulan. Kalau baby lain dah makan dah kan. Korg cuba bygkan Hadif tak makan , tp dia kenyang kan diri dia dgn minum susu sy shj! Berape byk dia sedut?? Tengok pulak badan dia yg bambam tu org tak kan percaya dia hanya menyusu susu cap sy shj. Alhamdulillah, Allah swt masih murahkan rezeki utk sy berikan Hadif cecair yg tak ternilai nih.

Jom mommies! Jgn segan2 nak order dgn sy tau! Penghantaran pos ke seluruh Malaysia 1 hingga 4 hari bkerja. Boleh terus call/sms/whatsapp 0166542980 utk maklumat lanjut. Boleh PM kat FB sy Cik Nana atau Fan Page Bonda Umar .

Chocolate Drink RM 30.90 (10 sachet)
Chocolate Drink added Collagen RM 37.90(10 sachet)
Chocolate Drink Double Choc RM 35.90(10 sachet)
Chocolate Drink  RM 62.90 (21 sachet)
Chocolate drink added Collagen RM 73.90 (21 sachet)

*TIDAK termasuk cas penghantaran.



The Milk Story Choc with Fenugreek Breastmilk Booster dirumus khas untuk ibu mengandung dan menyusukan.

Mengandungi khasiat coklat dan halba.

Makan dengan sihat, minum air dengan banyak dan menyusu bayi secara eksklusif bagi bayi dibawah umur 6 bulan.
Pam susu 3 jam sekali bila berjauhan dengan bayi. Pastikan demand bayi sentiasa ada supaya supply susu ibu sentiasa banyak.

# febret sy TMS Chocolate drink Double Choc !! Siyes memang sedapppp!!!

Ape yg bes nye TMS choc Drink nih sebab ia di rumus khas utk ibu mengandung menyusukan . Ia mengandungi Halba tau mommies! Tu yg  bes tu! Halba kan memang femes utk BF mommies. Slalunye mereka akan rebus biji halba dan air tu mereka minum. W/pon ada halba dlm TMS Choc Drink nih tapi sedap tauuu. . ! Susu meriah, baby kenyang , ibu pon hepi ! Kan! Kan!

Hepi Breastfeeding! ♡

Khamis, 7 Ogos 2014

BACA jika anda sering cuti kerana anak sakit

♡ Umarku sayang. . ♡

Sy salah seorang ibu kpd 2 org anak lelaki. Mungkin usia perkahwinan sy masih terlalu awal dan pengalaman dalam membesar dan mendidik anak masih baru dan sangat mentah. Namun apa yg sy lalui ingin sy kongsikan agar ibu-ibu baru yg lain jadikan sebagai pengajaran .

Mungkin cerita ini anda boleh lihat sebagai 'nak promot produk la tu'. Tak pe, sy tak halang anda utk bfikir begitu. Namun pernahkah anda terfikir kenapa anak kerap sakit (demam/selsema/batuk dll)  krn meninggalkkan mereka di pusat asuhan kanak-kanak. Sy pernah lalui. Sy pernah hantar dinil ke taska. Dinil, walaupon sy tidak hantar ke taska dia masih mudah mendapat sakit. Ye, mungkin antibodi dia lemah. Nak sembuh pun ambil masa yg agak lama. Apa yg sy dan suami buat dulu bila Dinil sakit pegi klinik, pegi hospital, bagi ubat, bagi antibiotik .Ada terfikir cari alternatif lain utk mencegah Dinil dr mudah mendapat jangkitan atau sakit. Ada jugak pegi jumpa ustaz, bagi vitamin beli kat farmasi tapi ???? Demam, batuk, selsema kerap jugak berulang. Kalau salah makan, selsema dan batuk (dinil elergi makanan yg ada susu lembu & telur). Bila dia sakit sy dan suami bergilir-gilir cuti. Sampai cuti utk diri sendiri , nak bercuti pegi makan angin, balik raya kat kampong habis. Semua cuti memang utk anak2 . Lagi2 sy. Sebab bila Dinil atau Hadif sakit mereka lebih selesa bila sy ada. Masa Dinil baby sehingga besar ni bila sakit dia lebih suka tidur atau baring dgn sy ada di sebelah peluk dia. Tp jika Hadif tidak sihat dia akan meragam dan merengek sampai dia penat sehingga tertidur. Dan Hadif hanya nak dgn sy waktu dia sakit. Lagipon sy lebih suka bila anak sy sakit sy sendiri yg menjaga mereka (kalau sy kerja abah & mak sy yg jaga). Pernah 3 bulan sy hantar dinil ke taska. Tapi apa yg berlaku sepanjang 3 bulan tu sy lebih kerap cuti . Hantar 2 hari kat taska die demam. Bila dia sihat sy kerja hanta balik ke taska. Tapi 2 ke 3 hari lepas tu selsema pulak.  Kalau dia selsema sy hanya minta abah dgn mak jaga. 2 hari duduk dgn atok selsema ok. Hantar balik ke taska. Batuk pulak. ◇◇◇ Ini yg sy nak ibu2 dan bapa2 sekalian amik berat. Bila anak tak sihat mohon jgn hanta anak ke taska. Selalunya pihak taska tak kira swasta atau kerajaan dah maklumkan semasa pendaftaran jika anak tidak sihat di nasihat utk tidak hantar anak ke taska. Sebab ia boleh memudaratkan (berjangkit) kanak-kanak lain. Namun, ada juga segelintir ibu & bapa lebih rela bkerja dan membiarkan anak yg sakit/tidak sihat bersama pengasuh drpd menjaga sendiri anak mereka. Sy kerap ke hospital dan doktor sendiri beritahu Kanak-kanak yg di hantar ke taska lebih mudah mendapat jangkitan/sakit. Bukan sorang dua doktor yg beritahu , tapi hampir keseluruhan doktor yg sy jumpa (bila bawa dinil ke hospital) beritahu perkara yg sama. ◇◇◇ Sebab tu kawan2 satu ofis dgn sy bila cuti kecemasan sebab anak tak sihat sy tak kisah. Sy tak kan fikir mereka tipu. Sy tau perasaan seorang ibu yg bimbang bila anak tak sihat.
Masa Dinil baby, hospital mcm hotel. Kena cucuk amik darah. Dia nangis sy nangis.
Sehingga Dinil umur 4 tahun ++  dia masih kerap sakit. Mudah sakit. Jgn ada sesiapa sekeliling dia yg selsema, dia org pertama yg akan berjangkit. Masa ni sy dah tau keburukan akibat terlalu kerap makan ubat & antibiotik. Sy akan bg dia ubat, tp dlm kuantiti yg sikit. Kalau doktor suruh bg 3 kali sehari sy akan bg 2 kali shj . Dalam masa yg sama sy baru bjinak2 dgn dunia Shaklee. Sy mulakan dgn beri Dinil Meal shakes & Nutriferon. Alhamdulillah. . Nampak sikit perubahan bila nampak selera makan dia bertambah. Kekerapan sakit makin berkurang. Tapi masih ada sebab dia da mula pegi skolah. Setiap 1 hingga 2 minggu sekali dia akan bergilir demam , batuk, selsema . Sy bg Nutriferon bila dia tak sihat . Yup , ada perubahan batuk dan selsema sembuh tanpa perlu makan ubat.
Masa exam pon dia tak pegi sebab dia demam 2 minggu on of on of(masa ni stok nutriferon habis)!! 1 lagi bila dia demam tonsil dia mesti bengkak. Bila dia demam, dia langsung tak nak makan. Sampai la bulan May aritu tak silap sy dia demam on of sekali lagi bawak dia pegi hospital. Suami isteri kami cuti. Seperti biasa doktor beritahu perkara yg sama , kanak-kanak mudah dpt penyakit. Lagi2 yg mcm Dinil ni. Tp perkara yg tak sama doktor bgtau "kalau tonsil dia masih bengkak, kite buat operate.Sebab ini salah satu punca die mudah sakit." Ya Allah . . Masa tu Allah swt je yg tau perasaan sy bila doktor bgtau camtu. Tapi, doktor ada bgtau jugak "bagi dia vitamin, bagi dia suplemen, untuk bantu dia ". Syukur sangat masa ni Chewable Vita C Shaklee dah ade stok. Doktor ada sarankan boleh bg fish oil, kalau kat Shaklee fish oil , Omega Guard . Stok Omega Guard memang ada kat sy. Tapi sy tak bagi lagi sebab Dinil tak boleh nak telan terus kapsul. Nak gaul dlm makanan masa ni dia tak nak makan. Sy ckp dgn suami kita cuba bagi Dinil Vita C Chewable Shaklee (boleh kunyah dan sesuai utk kanak-kanak). Sy bg Dinil 2 biji setiap hari.Syukur!!! Vita C Chewable sgt sesuai dgn Dinil. Dia sembuh dr demam !! Seminggu kemudian pergi hospital (PPUM) balik utk cek tonsil , pon sembuh! Lepas dah sembuh dr demam tu sy hanya bg Vita C Chewable pd Dinil 2 hari sekali je (sebiji) . Alhamdulillah ,sehingga hari ini ( 7/8/2014)Dinil masih belum demam lagi!! Pernah selsema sekali , tp sekejap dan tak teruk, tak perlu makan ubat .

Anak2 amanah Allah swt. Jaga, didik mereka sebaik mungkin. Sy tak pasti kenapa masa kami beri Dinil vitamin yg beli di farmasi tak dapat 'bantu' Dinil. Sy hanya ckp kat diri sendiri, mungkin vitamin tu tak sesuai dgn dia dan mungkin itu adalah ujian Allah swt utk kami .

Selamat Hari Lahir Sayang (12/8/2009, Rabu, 6:50 ptg) . Papa, Mummy, Hadif sayang kan Dinil.  Doa kami Dinil , di beri kesihatan yg baik dan jadilah kamu anak yg soleh & bijak ilmu dunia & akhirat.

Shaklee Independent Distributor
Bonda Umar
0166542980
7/8/2014, Khamis, 9:52malam

Selasa, 5 Ogos 2014

Makaroni bakar (tuna & cheese creamy)

Assalammualaikum! Haaaaa. . Tajuk makanan tu. Nak share jugak la resepi bajet gud2 sy nih. Ok, ok. . Mengaku diri ku ini tidak la terer benor masaknye. Tapi, pandai la jugak sikit2. Da beranak 2 ko x kan x reti masak Cik Nana oiiiii! Tapi (dah 2 kali tapi ni, heheheheh) , nak kasi tau sikit bile sy masak kalau ade ayam , ikan , daging sy x pernah cuci/'siang'. . jgn terkujat ye! Bace kasi habis! Memang la sy x cuci kalau da Cik Zam korang yg cuci/siangkan! Kekekekek! Ini adelah kriteria atau ciri2 bakal suami yg WAJIB ada pada lelaki utk memperisterikan Cik Nana : rela dgn seikhlas hati utk mencuci/menyiang ikan, daging, ayam utk Cik Nana masak dgn penoh kasih sayang. .so sweet . . (Sambil mate kedip2 hihihi). Awat hang gedik sgt Cik Nana? Isu die bukan gedik. . Isu die ngeri + ngilu + gayat + pening + isi perot berpusing2 ! Itu je yg boleh di perjelaskan. . Tengkiu suami krn memahami isteri!
Dah ! Jgn merepek lagi, jom cikidaut resepi makaroni bakar yg sy buat semlm.

Bahan-Bahan

2 cawan makaroni (rebus sehingga masak . Jgn lupe bubuh butter/minyak sikit dlm 1 sudu besar mase rebus tu)
Minyak masak (2 hingga 3 sudu)
Sebiji bawang besar (potong dadu kecik2)
3 ulas bawang putih (potong dadu kecik2)
Lada hitam (tumbuk kasi halusssss sajaa )
Cendawan butang potong slice (smlm Cik Nana gune Ayam brand , tp kalau Cendawan Butang yg fresh lagi besss & sedap! )
1 tin sos prego kaler merah
sedikit daun selasih kering (ikot la nak letak ke x, tp sedap lg klu letak)
1 tin tuna mayonis (Ayam brand)
1 keping Cheddar Cheese potong panjang2 ( nak guna 2 ke 3 keping pon boleh, tp sy lebih suka guna sekeping je sebab  kat topping nnt pon ade cheese)

Cara-Cara

1 ) tumis bwg merah, bwg putih dgn minyak .
2 ) Agak2 da bau cam bes je bwg tu (da garing) , masokkan kan cendawan butang
3 ) pastu boleh la masokkan lada hitam
4 ) cam da masak cendawan tu masok pulak sos prego & Daun selasih kering
5 ) Garam boleh letak tp jgn banyak sgt, sebab sos prego tu da masin, jap lg nak letak tuna tu pon da ade rase masin, cheese pon da masin jugak. Krg korg letak garam byk jadik la masin kuase 6 pastu mkn la sorang2 ! Heheheh
6 )Nampak cam da masak je kan baru masok makaroni. Gaul sekata & tutup api. ***Biarkan suam sekejap.
7 ) Da suam/sejuk sikit makaroni tu masokkan separuh bahagian makaroni goreng td dlm loyang/bekas & ratakan
8 ) Letak tuna mayonis atas makaroni & ratakan
9 ) susun cheese yg da di potong2 kecik & panjang2 td atas tuna secara rawak/jarak
10 ) letakkan separuh lg baki makaroni atas tuna & cheese .
10 ) tuangkan sos putih/topping atas makaroni
11 ) ok, boleh da bakar anggaran suhu 190° /30 minit atau sehingga masak.

Bahan-Bahan Topping

1 1/2 sudu besar butter
2 keping Cheddar Cheese
400 ml freshmilk (dutchlady)
1 sudu tepung gandum (larutkan/kacau dlm 5 ke 6 sudu air siap2)
sedikit garam
Daun selasih kering (pon boleh jugak kalau tak letak, tp kalau letak lagi sedap)


Cara-Cara

1 ) Masokkan fresh milk, cheese, butter dlm 1 periuk.
2 ) Dgn api yg sederhana (jgn guna api kuat) kacau semua bahan2 tu sehingga butter & cheese cair .
3 ) Masukkan tepung gandum yg da larut dgn air (tujuan x masok tepung gandum semate sebab x nak nnt tepung tu berketul2 dlm sos putih/topping nih)& kacau perlahan2 sehingga pekat. Boleh la nak tambah garam ckt bg rase2.
4 ) da nmpak cam pekat tu tutop api.

***sementara makaroni tu td suam2 sikit boleh la buat topping cheese


Haaa tu diaaa. . Siap! Rasa dia rase cheese berkrimmmmm, masam2 sos merah & tuna. . Secare peribadi, memang besss! Dinil yg susah nak makan tu pon boleh makan byk ! Terkezut sy!
Komen dinil "Sedap la mummy, abg nak lagi!"
Komen suami , makan sambil angkat ibu jari  "sedap!"
alahaiiiii terharunye. . . Sob! Sob. . !

Okeh habis dah. Pas ni korg boleh cuba. Pastu kalau rajin bgtau la Cik Nana sedap ke x. .


















Jumaat, 1 Ogos 2014

Puding Roti Versi Cik Nana

Haiii olssss! Cik Nana nak share resepi puding roti bajet sedap versi sy. Kenape sy ckp versi sy? Sebab bahan2 sume sy bubuh ikot sesuka hati sy sdri. Dulu pernah buat, tp sy ikot bulat-bulat resipi yg sy dapat tu. Rase die sedap jugak la tp cam keras sikit. Byk kali gak buat siap dgn sos kastard lg. Tapi kali ni sy nak buat try ikot gerak hati (cewahh. . Cewahhhh!!!) sy. Bile da siap , waaaaa sungguh x sangka!! Memang sedap! Tak payah bersos kastard bagai! Makan camtu je!

Bahan-bahan
6 keping roti (potong2 kecik anggaran size ibu jari atau besar sikit. Sy gune roti gardenia)
450ml susu dutchlady full cream
**2 biji telur, 2 sudu besar butter cup, 5 sudu besar gula (sy pukul sume sekali)

Cara-Cara
1 ) Sapu sedikit butter cup kat dasar dan tepi2 loyang
2 ) Roti yg da di potong2 td susun berlapis/bertingkat2 dlm loyang/bekas
3 ) Masukkan susu dlm loyang yg dah berisi roti td dan biarkan selama setengah jam.
4 ) Selepas Setengah jam, tekan2 kan sikit roti dgn susu td dgn belakang sudu .
5 ) Pastu masokkan bahan bertanda ** yg dah di pukul ke dlm loyang roti & susu. Hentak2kan sikit loyang tu utk bg bahan ** sekata atas permukaan roti & biarkan dlm 5 minit utk bg die 'peluang' sikit meresap ke dlm roti .
6 ) Masokkan dlm oven suhu 200°c / 20 hingga 30 minit 
7 ) Siap!!!! Da kluar kan dr oven makan terus pon boleh (biar le sejuk sikit pastu potong! Krg melecur mulut korg jgn salahkan Cik Nana ehhhh! ) atau biar sejuk sikit pastu masokkan dlm peti sejuk makan sejuk2 pon sedap. 



Ni baru klua oven tauuu! Rase die lebih kurang mcm puding karamel tp ade roti pastu kan lembut sangat2 kat bahagian dlm yg kat atas plak rangup . ! Memang feeling habis makan brekpes td! 

Korang yg nak cuba resipi bajet sedap (memang sodap ikot tokak den !)  sile2 jgn segan2 ! Hambik je yeee!