Isnin, 17 November 2014

Jus Epalicious

Gud2 je kan name jus tu? Harus lahhh. . Feeling2 chef hebat pengalaman di dapur 34 tahun. Orang buat siang2, waktu panas terik. CN buat tgh malam ! Kul 12 tgh malam! 

Bahan2

3 biji epal hijau (CN kupas kulit)
6 biji asam boi putih (rendam dalam setengah cawan air panas)
1 biji lemon (buang kulit & biji)
3 gelas air masak 
4 hingga 5 sudu besar gula
Ais secukupnya


Cara2

1) Epal & lemon di potong dadu  / potong kecil
2) Blender epal, lemon,air dan gula dalam bekas yg sama .Tapiskan & ambil jus/air shj & tuangkan ke dalam jug yg besar (takkan nak tuang dalam piring pulak!)
3) Pastu, masukkan air panas yg dah di rendam dgn asam boi & asam boi skali ke dalam jug yg dah terisi dgn jus epal+lemon.
4) Bubuh ais . SIAP! Tuang dalam cawan & minum! 

**Cukup utk 4 org sekali minum.

Sedap teramatttt!! Rugi tak cuba!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan