Selasa, 5 Ogos 2014

Makaroni bakar (tuna & cheese creamy)

Assalammualaikum! Haaaaa. . Tajuk makanan tu. Nak share jugak la resepi bajet gud2 sy nih. Ok, ok. . Mengaku diri ku ini tidak la terer benor masaknye. Tapi, pandai la jugak sikit2. Da beranak 2 ko x kan x reti masak Cik Nana oiiiii! Tapi (dah 2 kali tapi ni, heheheheh) , nak kasi tau sikit bile sy masak kalau ade ayam , ikan , daging sy x pernah cuci/'siang'. . jgn terkujat ye! Bace kasi habis! Memang la sy x cuci kalau da Cik Zam korang yg cuci/siangkan! Kekekekek! Ini adelah kriteria atau ciri2 bakal suami yg WAJIB ada pada lelaki utk memperisterikan Cik Nana : rela dgn seikhlas hati utk mencuci/menyiang ikan, daging, ayam utk Cik Nana masak dgn penoh kasih sayang. .so sweet . . (Sambil mate kedip2 hihihi). Awat hang gedik sgt Cik Nana? Isu die bukan gedik. . Isu die ngeri + ngilu + gayat + pening + isi perot berpusing2 ! Itu je yg boleh di perjelaskan. . Tengkiu suami krn memahami isteri!
Dah ! Jgn merepek lagi, jom cikidaut resepi makaroni bakar yg sy buat semlm.

Bahan-Bahan

2 cawan makaroni (rebus sehingga masak . Jgn lupe bubuh butter/minyak sikit dlm 1 sudu besar mase rebus tu)
Minyak masak (2 hingga 3 sudu)
Sebiji bawang besar (potong dadu kecik2)
3 ulas bawang putih (potong dadu kecik2)
Lada hitam (tumbuk kasi halusssss sajaa )
Cendawan butang potong slice (smlm Cik Nana gune Ayam brand , tp kalau Cendawan Butang yg fresh lagi besss & sedap! )
1 tin sos prego kaler merah
sedikit daun selasih kering (ikot la nak letak ke x, tp sedap lg klu letak)
1 tin tuna mayonis (Ayam brand)
1 keping Cheddar Cheese potong panjang2 ( nak guna 2 ke 3 keping pon boleh, tp sy lebih suka guna sekeping je sebab  kat topping nnt pon ade cheese)

Cara-Cara

1 ) tumis bwg merah, bwg putih dgn minyak .
2 ) Agak2 da bau cam bes je bwg tu (da garing) , masokkan kan cendawan butang
3 ) pastu boleh la masokkan lada hitam
4 ) cam da masak cendawan tu masok pulak sos prego & Daun selasih kering
5 ) Garam boleh letak tp jgn banyak sgt, sebab sos prego tu da masin, jap lg nak letak tuna tu pon da ade rase masin, cheese pon da masin jugak. Krg korg letak garam byk jadik la masin kuase 6 pastu mkn la sorang2 ! Heheheh
6 )Nampak cam da masak je kan baru masok makaroni. Gaul sekata & tutup api. ***Biarkan suam sekejap.
7 ) Da suam/sejuk sikit makaroni tu masokkan separuh bahagian makaroni goreng td dlm loyang/bekas & ratakan
8 ) Letak tuna mayonis atas makaroni & ratakan
9 ) susun cheese yg da di potong2 kecik & panjang2 td atas tuna secara rawak/jarak
10 ) letakkan separuh lg baki makaroni atas tuna & cheese .
10 ) tuangkan sos putih/topping atas makaroni
11 ) ok, boleh da bakar anggaran suhu 190° /30 minit atau sehingga masak.

Bahan-Bahan Topping

1 1/2 sudu besar butter
2 keping Cheddar Cheese
400 ml freshmilk (dutchlady)
1 sudu tepung gandum (larutkan/kacau dlm 5 ke 6 sudu air siap2)
sedikit garam
Daun selasih kering (pon boleh jugak kalau tak letak, tp kalau letak lagi sedap)


Cara-Cara

1 ) Masokkan fresh milk, cheese, butter dlm 1 periuk.
2 ) Dgn api yg sederhana (jgn guna api kuat) kacau semua bahan2 tu sehingga butter & cheese cair .
3 ) Masukkan tepung gandum yg da larut dgn air (tujuan x masok tepung gandum semate sebab x nak nnt tepung tu berketul2 dlm sos putih/topping nih)& kacau perlahan2 sehingga pekat. Boleh la nak tambah garam ckt bg rase2.
4 ) da nmpak cam pekat tu tutop api.

***sementara makaroni tu td suam2 sikit boleh la buat topping cheese


Haaa tu diaaa. . Siap! Rasa dia rase cheese berkrimmmmm, masam2 sos merah & tuna. . Secare peribadi, memang besss! Dinil yg susah nak makan tu pon boleh makan byk ! Terkezut sy!
Komen dinil "Sedap la mummy, abg nak lagi!"
Komen suami , makan sambil angkat ibu jari  "sedap!"
alahaiiiii terharunye. . . Sob! Sob. . !

Okeh habis dah. Pas ni korg boleh cuba. Pastu kalau rajin bgtau la Cik Nana sedap ke x. .


















Tiada ulasan:

Catat Ulasan