Memaparkan catatan dengan label Jeruk mangga. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jeruk mangga. Papar semua catatan

Jumaat, 24 Oktober 2014

Jeruk Mangga Asam Boi

Bukan main gleme mangga skrg ni. Hari-hari ade je orang dok post gamba beliau kat pesbuk. Jeles , seteressss CN menengoknye!! Malam tadi CZ bawak balik mangga dgn asam boi merah & putih. Terus CN buat.  Org bagitau lagi lame dalam peti sejuk lagi sedap. Tapi CN suke makan  fresh lepas kite gaul2 sume bahan tu . Pastu nak sedap lagi makan sejuk. Malam tadi walaupon mangga tu tak sejuk mase CN kupas da lepas kupas jadik sejuk. Kekekekek! Lepas kupas & potong CN rendam dalam air sejuk! Pastu gula die CN da siap2 awal letak dalam peti sejuk . Gula die CN kisar tau. . . ! Sebab CN nak makan terus , CN rase kalau kisar gula tu lagi sedap pastu letak dalam peti sejuk sementara nak tunggu CZ balik bawak mangga.

Ni rupe lepas die bermalam dalam peti sejuk. CN lebih suke makan fresh lepas siap2 gaul sume bahan2 .

Resepi die lebih kurang same je. Cume CN tak bubuh garam, sebab asam boi tu pon da memang ade rase masin. Pastu gula pon CN kurangkan. 

•3 biji mangga muda potong la ikut nak bentuk ape pon, masok dalam perot da tak de da rupe 3 segi ke, lebiu ke. (ape2 jenis mangga pon boleh)
•8 hingga 9 sudu gula putih  (CN kisar, korang tak nak kisar pon boleh)
•Asam boi merah
•Asam boi putih
•Cili padi 3 tangkai (hiris) ni pon da podeh, sebab cili ni jenis yg memang pedas giler!

***campurkan semua bahan2 di atas, gaul rata & mesra2 kan mereka semua. Pastu baru makan.
kalau korang da tak sabar nak makan terus tapi nak jugak makan sejuk2 , buat le seperti yg CN buat. Lepas kupas & potong rendam mangga tu dalam air sejuk dalam 10 minit dulu pastu baru campurkan dgn bahan2 lain. Memang mabelessss!
Eh! Tak yah bubuh air. Yg macam kuah tu die jadik secara 'semulajadi' akibat percampuran bahan2 tu semua. Wahhhh ayat ! Tak nak mengalah !