Khamis, 3 Julai 2014

Sagu gula melaka (susu)

Wah! Wah! Wah! Tajuk makanan tu korg! Nak share la SGM yg Cik Nana buat nih. 1st time tau buat . Mujur jadik, klu tak jadik? Kompom stres sendiri! Padan muke! Kali pertama buat ,tapi kali ke 2 makan! Kisahnye mase 1st time makan tu sebab jiran bagi mase hari pertama puasa. Selama hidup tak penah makan!! Sekali makan sedap pulak. Tapi ,tak makan habis sebab mase tu perut kenyang sangat. Simpan la dlm peti ais kunun nak makan la kejap2 lagi,sampai 3 hari dlm peti ais. Agak2 ler nak makan bende da bkurun dlm tu kan. Tp hati ni meronta2 nak jugak makan bende tu lagi! Ape lagi, menggoogle la Cik Nana! Pe'el Cik Nana, klu tengok resipi tu bile buat Cik Nana tak kan ikot 100% resipi yg ade kat pak cik google tu! Cik Nana akan sesuke hati buat resipi sendiri bajet sedap! Kekekekek! (Huihhh! Dan mujur kali nih memang sedap SGM yg Cik Nana buat nih! Mahap le terangkat baldi sendiri pulak!) Cik Zam pon ckp sedap tau! Nah, korg nak try jugak boleh tiru bulat2 atau bujur2 resipi nih ye! Tak menyesal klu korg buat. . Mesti korg angkat baldi sendiri jugak !

Bahan2 A:
Sagu putih 1 cawan
Air (ikut suke hati utk rebus sagu)
Gula (pon ikut suke hati, jgn letak banyak bg 'rase2' je . Sebab jap lg nak mkn dgn gula melaka tu da manis da)
Sirap ros

Bahan2 B
Gula Melaka seketul (potong2 cepat ckt nak cair nnt)
Gula putih 2 sudu besar
Air (dlm 300ml)
*Gula ni ade byk lebih Cik Nana buat td, so nasihat Cik Nana korg kurangkan la semua bahan2 B separuh drpd yg Cik Nana bg kat atas tu.

Bahan2 C
Susu sejat/cair 1 tin
Susu Segar 1 cawan (dutchlady)

•Basuh sagu pastu rendam dlm 20 minit. Buang air rendaman sagu tadi dan basuh sekali lg.
•Panaskan air . Bile air dah mendidih masukkan sagu td. Kena kacau tau kalau tak nnt sagu tu melekat & bketul2. Rebus dan kacau sampai kembang.
•Da kembang masukkan sirap rose dan gula. Kacau2 lg da nampak mesra kaler die tu tutup la api.
•Bilas sikit sagu td dgn air utk kurangkan kanji sagu tu. Dlm kes Cik Nana yg byk songeh nih Cik Nana siap tapis lg dgn penapis teh yg besar tu. Klu korg rajin ikut, tak rajin jgn ikut!
•Da setel proses td, pastu letak sagu dlm bekas yg bertutup & letak dlm peti sejuk.
•Bahan2 B tu senang je, masak gula melaka & gula putih dlm periuk pastu da cair semua, biarkan menggelegak dlm 5 minit pastu tutup api. Masuk dlm bekas bertutup & letak dlm peti sejuk.
•Bahan2 C lg la senang, campurkan semua dlm 1 bekas, kacau2 pastu letak dlm peti sejuk.

•Agak2 sagu da keras/sejuk, manisan gula & susu pon da sejuk boleh la mkn. Memang feeling habes mkn sejuk2 !
Kalau tak tau camne nak mkn, memula potong sagu td ikot la nak potong besa ke kecik ke bentuk bulat ke, empat segi. Pastu letak dlm mangkok . Bubuh 2 ke 3 sudu kecik manisan gula atas sagu , pastu tuang susu atas sagu & manisan gula td. Siap! Boleh makan!

Taraaaaaa! Nih yg Cik Nana buat!



P/S : bende ni d buat pd hari ke 4 berpuasa.hehehe!

Lebiu!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan