Memaparkan catatan dengan label Ibu menyusu kurus. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ibu menyusu kurus. Papar semua catatan

Jumaat, 9 Mei 2014

Abang , nak beli 'ubat' kurus boleh?

 Hye uolss!

Gambar2 di atas bukan gambar bajet hot atau gile glemer! Gambar bertujuan untuk kongsikan pengalaman saya sebagai ibu yang menyusukan Hadif atau nama glemer dia 'Si Hidong Temek' yang nak selimmm tapi tak selim selim pon. Yang tengah2 tu la Hadif. Yang budak sebelah ibu mengandung tu Umar yg pertama : Dinil , 'Atromen' saya.
Gebusss kan waktu saya mengandung tu? Mase tu Hadif dalam perut saya lagi tengah main ragbi dalam tu! Mane reti dok diam dalam perut sy sampai la da keluar skrg da setahun 2 bulan pon . Macam tu jugak la dia tak reti dok diam! Hobi baru die kacau abg!

Kembali kepada motip sebenar entri ini . Lepas bersalin Hadif masa dalam pantang memang da perasan da ape kena la badan ku ini masih tak kecik2 lg! Nak sedapkan hati biasa la anak da dua memang la susah nak dapat bentuk badan remaja ayu kan! Abaikan perasaan 'aku da gemok'. Lagipon mase tu pikir lepas Hadif da stop BF baru nak diet kaw kaw. Tapi tak boleh uolsss! Saya tau wanita dan perempuan di luar sana bila perasan baju atau seluar yg di pakai menunjukkan sesuatu yg terkeluar (sesautu itu adalah lemak berlebihan ye!), sendat, ketat sana sini pastu salahkan baju makin kecik, mula la tak tentu arah.Mula la buat muka kesian kat Cik Zam. Bagi ayat-ayat cinta. Ayat cinta lah sangat . . !

"Abang, nak beli ubat kurus boleh?"

Fuhhh! Mujur Cinte hati balas ayat-ayat cinta saya tu!

"Boleh!"

Zassss! Bermula saat tu la saya survey produk-produk yang boleh membantu saya turunkan berat badan tanpa mengganggu atau menjejaskan kualiti dan kuantiti susu saya. Macam-macam jenis produk saya survey. Kebanyakkannya  ibu yang menyusukan tak boleh ambil. Dan akhirnya saya terjumpa Shaklee. Saya baca, godek2 kat pak cik google . Tapi saya tak terus beli . Saya takot lagi. Saya adalah manusia yang sangat cerewet dan takut dengan akibat/kesan sesuatu akibat dari makanan yang saya ambil. Sangat berhati-hati! Sebulan saya baca , jadik detektif conan carik la kot ada terselit cerita negatif pasal Shaklee. Ada, memang ada. Tapi tak banyak. Semua yang ada hanya cerita-cerita 'dongeng' dan merepek. Gali dan gali lagi tentang bahan-bahan yang di gunakan. Okeh! Puas hati setelah setiap hari selama sebulan bila ada waktu free je memang on internet cari pasal produk Shaklee. Barulah saya order dengan SID tu. Saya ambil ESP, Lecithin dan Alfafa Complex : Set Cadangan untuk ibu menyusukan yang nak turunkan berat badan.

Masa mula-mula saya makan tu berpeluh-peluh bukan main lagi. Pantang buat kerja sikit mula la peluh saya nih keluar. Itu 'healing crisis' yang saya alami. Tapi saya tetap teruskan. Saya tahu itu memang 'healing crisis', Mcm mana saya boleh tau? Abih da sebulan dok belek henpon saya usha apa sahaja perkara berkaitan Shaklee. Memang masa tu klu jadik SID dah boleh sangat dah! Tapi tak pon , hati belum terbukak nak berbisnes. Lepas 3 kali belian barulah tak de angin, tak de ribut tiba-tiba terdetik di hati 'aku nak buat bisnes Shaklee'. Bila tanya Cik Zam , tak sangka ko terus dapat lampu hijau!

Gambar kat atas tu saya ada sertakan sekali tip2 atau pemakanan saya sepanjang proses menurunkan berat badan saya.Saya makan seperti biasa .Breakfast, lunch dan dinner memang tak kan tinggal. Saya memang tak bersenam bagai.  Sebab kekangan masa. Cewahhh! dah memang ko pemalas Cik Nana oiiiii. . . ! Tapi saya anggap dokong Hadif dan buat kerja rumah , masak-masak tu sebagai bersenam. Boleh? kekekekek! Lagi satu sebelum terlupa, masa tu jugak saya amalkan menggoreng sayur menggunakan minyak zaitun. Memang lagi sedap masakan kalau guna minyak zaitun berbanding guna minyak kelapa sawit . Ce korang try!

Gambar muka je ehhh! Dari muka tu da boleh tengok kadar susut lemak bukan sahaja kat muka tapi kat keseluruhan jugak. Maap la, sedikit privacy untuk saya paparkan gambar penuh. Lagipon tak pernah terpikir nak jadikkan diri sendiri sebagai testimoni. Gambar2 kat atas tu pon di ambil secara suka-suka tanpa tujuan untuk buat testimoni. Bonus untuk saya bila bukan setakat berat badan saya turun je tau, tapi saya perasan susu saya makin pekat dan bila pam susu keluar lebih lancar dan senang .

Entri ini makan masa 2 hari baru siap! Sampai kita jumpa lagi ye! Tak tau entri akan datang siap berapa hari !

Lebiu!