♡ Umarku sayang. . ♡
Sy salah seorang ibu kpd 2 org anak lelaki. Mungkin usia perkahwinan sy masih terlalu awal dan pengalaman dalam membesar dan mendidik anak masih baru dan sangat mentah. Namun apa yg sy lalui ingin sy kongsikan agar ibu-ibu baru yg lain jadikan sebagai pengajaran .
Mungkin cerita ini anda boleh lihat sebagai 'nak promot produk la tu'. Tak pe, sy tak halang anda utk bfikir begitu. Namun pernahkah anda terfikir kenapa anak kerap sakit (demam/selsema/batuk dll) krn meninggalkkan mereka di pusat asuhan kanak-kanak. Sy pernah lalui. Sy pernah hantar dinil ke taska. Dinil, walaupon sy tidak hantar ke taska dia masih mudah mendapat sakit. Ye, mungkin antibodi dia lemah. Nak sembuh pun ambil masa yg agak lama. Apa yg sy dan suami buat dulu bila Dinil sakit pegi klinik, pegi hospital, bagi ubat, bagi antibiotik .Ada terfikir cari alternatif lain utk mencegah Dinil dr mudah mendapat jangkitan atau sakit. Ada jugak pegi jumpa ustaz, bagi vitamin beli kat farmasi tapi ???? Demam, batuk, selsema kerap jugak berulang. Kalau salah makan, selsema dan batuk (dinil elergi makanan yg ada susu lembu & telur). Bila dia sakit sy dan suami bergilir-gilir cuti. Sampai cuti utk diri sendiri , nak bercuti pegi makan angin, balik raya kat kampong habis. Semua cuti memang utk anak2 . Lagi2 sy. Sebab bila Dinil atau Hadif sakit mereka lebih selesa bila sy ada. Masa Dinil baby sehingga besar ni bila sakit dia lebih suka tidur atau baring dgn sy ada di sebelah peluk dia. Tp jika Hadif tidak sihat dia akan meragam dan merengek sampai dia penat sehingga tertidur. Dan Hadif hanya nak dgn sy waktu dia sakit. Lagipon sy lebih suka bila anak sy sakit sy sendiri yg menjaga mereka (kalau sy kerja abah & mak sy yg jaga). Pernah 3 bulan sy hantar dinil ke taska. Tapi apa yg berlaku sepanjang 3 bulan tu sy lebih kerap cuti . Hantar 2 hari kat taska die demam. Bila dia sihat sy kerja hanta balik ke taska. Tapi 2 ke 3 hari lepas tu selsema pulak. Kalau dia selsema sy hanya minta abah dgn mak jaga. 2 hari duduk dgn atok selsema ok. Hantar balik ke taska. Batuk pulak. ◇◇◇ Ini yg sy nak ibu2 dan bapa2 sekalian amik berat. Bila anak tak sihat mohon jgn hanta anak ke taska. Selalunya pihak taska tak kira swasta atau kerajaan dah maklumkan semasa pendaftaran jika anak tidak sihat di nasihat utk tidak hantar anak ke taska. Sebab ia boleh memudaratkan (berjangkit) kanak-kanak lain. Namun, ada juga segelintir ibu & bapa lebih rela bkerja dan membiarkan anak yg sakit/tidak sihat bersama pengasuh drpd menjaga sendiri anak mereka. Sy kerap ke hospital dan doktor sendiri beritahu Kanak-kanak yg di hantar ke taska lebih mudah mendapat jangkitan/sakit. Bukan sorang dua doktor yg beritahu , tapi hampir keseluruhan doktor yg sy jumpa (bila bawa dinil ke hospital) beritahu perkara yg sama. ◇◇◇ Sebab tu kawan2 satu ofis dgn sy bila cuti kecemasan sebab anak tak sihat sy tak kisah. Sy tak kan fikir mereka tipu. Sy tau perasaan seorang ibu yg bimbang bila anak tak sihat.
Masa Dinil baby, hospital mcm hotel. Kena cucuk amik darah. Dia nangis sy nangis.
Sehingga Dinil umur 4 tahun ++ dia masih kerap sakit. Mudah sakit. Jgn ada sesiapa sekeliling dia yg selsema, dia org pertama yg akan berjangkit. Masa ni sy dah tau keburukan akibat terlalu kerap makan ubat & antibiotik. Sy akan bg dia ubat, tp dlm kuantiti yg sikit. Kalau doktor suruh bg 3 kali sehari sy akan bg 2 kali shj . Dalam masa yg sama sy baru bjinak2 dgn dunia Shaklee. Sy mulakan dgn beri Dinil Meal shakes & Nutriferon. Alhamdulillah. . Nampak sikit perubahan bila nampak selera makan dia bertambah. Kekerapan sakit makin berkurang. Tapi masih ada sebab dia da mula pegi skolah. Setiap 1 hingga 2 minggu sekali dia akan bergilir demam , batuk, selsema . Sy bg Nutriferon bila dia tak sihat . Yup , ada perubahan batuk dan selsema sembuh tanpa perlu makan ubat.
Masa exam pon dia tak pegi sebab dia demam 2 minggu on of on of(masa ni stok nutriferon habis)!! 1 lagi bila dia demam tonsil dia mesti bengkak. Bila dia demam, dia langsung tak nak makan. Sampai la bulan May aritu tak silap sy dia demam on of sekali lagi bawak dia pegi hospital. Suami isteri kami cuti. Seperti biasa doktor beritahu perkara yg sama , kanak-kanak mudah dpt penyakit. Lagi2 yg mcm Dinil ni. Tp perkara yg tak sama doktor bgtau "kalau tonsil dia masih bengkak, kite buat operate.Sebab ini salah satu punca die mudah sakit." Ya Allah . . Masa tu Allah swt je yg tau perasaan sy bila doktor bgtau camtu. Tapi, doktor ada bgtau jugak "bagi dia vitamin, bagi dia suplemen, untuk bantu dia ". Syukur sangat masa ni Chewable Vita C Shaklee dah ade stok. Doktor ada sarankan boleh bg fish oil, kalau kat Shaklee fish oil , Omega Guard . Stok Omega Guard memang ada kat sy. Tapi sy tak bagi lagi sebab Dinil tak boleh nak telan terus kapsul. Nak gaul dlm makanan masa ni dia tak nak makan. Sy ckp dgn suami kita cuba bagi Dinil Vita C Chewable Shaklee (boleh kunyah dan sesuai utk kanak-kanak). Sy bg Dinil 2 biji setiap hari.Syukur!!! Vita C Chewable sgt sesuai dgn Dinil. Dia sembuh dr demam !! Seminggu kemudian pergi hospital (PPUM) balik utk cek tonsil , pon sembuh! Lepas dah sembuh dr demam tu sy hanya bg Vita C Chewable pd Dinil 2 hari sekali je (sebiji) . Alhamdulillah ,sehingga hari ini ( 7/8/2014)Dinil masih belum demam lagi!! Pernah selsema sekali , tp sekejap dan tak teruk, tak perlu makan ubat .
Anak2 amanah Allah swt. Jaga, didik mereka sebaik mungkin. Sy tak pasti kenapa masa kami beri Dinil vitamin yg beli di farmasi tak dapat 'bantu' Dinil. Sy hanya ckp kat diri sendiri, mungkin vitamin tu tak sesuai dgn dia dan mungkin itu adalah ujian Allah swt utk kami .
Selamat Hari Lahir Sayang (12/8/2009, Rabu, 6:50 ptg) . Papa, Mummy, Hadif sayang kan Dinil. Doa kami Dinil , di beri kesihatan yg baik dan jadilah kamu anak yg soleh & bijak ilmu dunia & akhirat.
Shaklee Independent Distributor
Bonda Umar
0166542980
7/8/2014, Khamis, 9:52malam