Jumaat, 31 Oktober 2014

Resepi Boondi Ladoo

Hohohohoh! Heheheheh! Hihihihihih! Yes! Yessss! Akhirnye berjaya! Syabas! Tepok tangan utk diri sendiri. . ! Puas la menggoogle 'resepi ladoo' atau 'cara buat ladoo'. Tak banyak yg 'timbul'. Abih2 yg banyak keluar menceritakan kesedapan ladoo yg mereka beli & makan! CN tau memang sedap benda ni. Sebab tu la CN meroyan tak tentu pasal kat pesbuk CN tu tanye mane tempat jual ladoo yg terdekat, macam mane nak buat , ape resepi die!! Mase kecik2 dulu abah slalu beli kat 1 kedai India kat Kajang.
Berhari2 tak putus asa menggoogle , Pastu tibe2 terkeluar ini ---> 'boondi ladoo recipe' . Baru terpikirkan . Rasenye orang melayu tak kan la ramai bebenor yg nak buat benda ni. Pastu tepek la perkataan 'boondi ladoo recipe' kat pak cik google . TUUU DIAAAAAAA betape meriahnye resepi2 yg keluar sampai berpinar2 mata CN ! Habih CN telek semua resepi. . ! Pastu ape lagi. . . Buat ler! Da tau bahan2 asas, care2 nak buat seperti biase CN akan hentam suke hati ikot sesedap sendiri menggigihkan diri buat boondi ladoo yg sangat sedap ini!! 

Sumber inspirasi resepi : PELBAGAI/GOOGLE/YOUTUBE (dan di olah kuantiti & langkah2 mengikut kesesuaian serta kesenangan CN ) 

Pastikan ade senduk yg berlubang banyak seperti gamba di bawah

Senduk 2 & 3 tu sebenarnye ehsan dr mak CN . Tengkiu mak! Nanti akak pulangkan balik ye! Tapi akak rase macam nak buat harte sendiri je ! 

Bahan2 A
2 cawan tepung kacang dhal
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
1 cawan air
Kacang Gajus 2 hingga 3 sudu besar (di goreng tanpa minyak)
Pewarna hijau epal atau merah (tak de pon tak pe. CN Bubuh sikit kaler hijau)
Minyak utk menggoreng

Bahan2 B
1 1/2 hingga 2 cawan gula (CN guna 1 1/2 cawan je,tu pon da manis giler!!)
Air 1 hingga 2 cawan (masukkan 1 cawan dulu, nampak cam sikit korang tambah la lagi)
5 hingga 7 biji buah pelaga tumbuk halus/hancur (CN tak tumbuh halus pon!kalau gune serbuk buah pelaga pon boleh anggaran dalam 1/2 hingga 1 sudu kecil)

Cara Buat Bahan B (Sirap gula)
1) Masukkan gula & air dalam 1 periuk
2) dah nak hampir pekat tu masukkan buah pelaga / serbuk buah pelaga.
3) Masak sehingga pekat/likat .

Cara buat Bahan A
1) Ayak tepung & baking powder
2) Masukkan air+garam sikit2 dalam tepung utk mengelak dr adunan terlebih cair. Kepekatan lebih kurang macam kite bancuh tepung goreng pisang tapi pekat sikit & boleh mengalir jatuh kalau . (Paham tak? Kalau tak paham korang tengok youtube taip je 'how to make boondi ladoo' . CN pon mula2 blur jugak lagi2 bahagian nak menggoreng tu. Da tengok youtube baru faham.)
3) kalau korang gune pewarna asingkan setengah cawan adunan tepung tadi. Yg bahagian setengah cawan tu korang tambah 2 ke 3 titik pewarna & ratakan.
4) Panaskan minyak (PASTIKAN MINYAK BETUL2 PANAS BARU MASUKKAN ADUNAN TEPUNG)
5) Ambik Adunan Tepung:AT dgn senduk 1 dgn tangan kanan. Tangan kiri siap sedia pegang senduk 3 lebih kurang 2 ke 3 inci dr paras minyak. Pastu letak AT dr senduk 1 ke senduk 3 . Nanti AT tu akan jatuh menitik2 kat dlm minyak (sambil2 tu boleh ratakan AT yg kat atas senduk 3 dgn belakang senduk 1). Bile AT dah jatuh menitis dalam minyak tu nanti die timbul & akan menghasilkan bentuk seakan bulat kecik dgn sendirinye. JANGAN LAMA SANGAT BIAR DLM KUALI. Agak2 da garing sikit tu terus angkat dgn senduk 2 dan letak dalam bekas yg dah di lapikkan dgn tisu (untuk serap minyak.) 
6) Ulang langkah 5 sampai habis.
7) Biarkan sejuk sekejap
8) (PASTIKAN SIRAP GULA DALAM KEADAAN SUAM) Masukkan kesemua AT/boondi yg dah di goreng tadi, kacang gajus ke dalam sirap gula . Kacau rata. Biarkan sekejap.
9) Dah agak2 cam nak sejuk sikit tu ambik adunan 8 tadi dan bentuk kan bulat2 . Lebih mudah nak di bentuk bile adunan tu dalam keadaan masih terasa panas/suam.
10) SIAP . Dah boleh hidang & NGAPPP ! 



*dr hasil menggoogle , Boondi Ladoo boleh tahan sehingga seminggu. Simpan dalam bekas kedap udara . Hari ke 2 atau ke 3 letak dalam peti sejuk.
**kalau nak bagi jiran ke, kawan2 ke di nasihatkan pakai sarung tangan plastik masa nak bentukkan boondi ladoo ni ye. Kalau setakat nak makan anak beranak, hasben & wife basuh la tangan sebersih dan sesuci yg boleh. . Heheheheh!
***minum air banyak2 lepas korang makan boondi ladoo sebab die manis. 
***Boondi Ladoo ni serap minyak tau. Kalau korang jenis orang yg jage badan atau dlm proses nak kurus siap sedia la jus lemon ke. Sebelum tido atau lepas makan ladoo ni korang minum la jus lemon.
***yg ade lecithin , omega guard, alfafa atau herblax boleh la makan ikut yg distributor masing2 sarankan utk burn fat dr minyak gorengan tadi.Cara yg CN sarankan?Nak tau boleh whatsapp 0166542980 .


Lebiu!